#BeliaSG: Bulan dan Matahari
Ada banyak perkara yang wujud secara berpasangan dalam kehidupan ini. Namun, bagaimana kalau ada perbezaan yang begitu ketara antara satu sama lain? Apa tafsiran anda bagi hubungan Bulan dan Matahari seperti yang digambarkan oleh penulis ini?
BERITAmediacorp: Ada banyak perkara yang wujud secara berpasangan dalam kehidupan ini. Namun, bagaimana kalau ada perbezaan yang begitu ketara antara satu sama lain? Apa tafsiran anda bagi hubungan Bulan dan Matahari seperti yang digambarkan oleh penulis ini?
Selalu aku direnung oleh Bulan
Apakah yang ditanyakan
Mungkin aku pasti tahu jawapannya
Apabila aku beranikan diri untuk bertanya
Nantikan suatu hari akan ku kembali
Tentu berani untuk diketahui
Haraplah jawapannya yang aku mahu
Akan ku terus beri hatiku padanya
Aku Matahari.
Fikiranku hanya pada Matahari
Aku mahu kita hidup dan mati sejati
Harap dia terima aku sepenuh hati
Menunggu pertanyaanmu siang hari
Yakinkan diriku untuk terima kedatangannya
Aku Bulan.
KARYA: MOHAMMAD FAHMY FADZIL
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH YISHUN INNOVA
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.