#BeliaSG: Ampunkan Daku
Tiga bait puisi tulisan pelajar sekolah menengah ini terkandung pengertiannya tentang cara memelihara kehidupan aman damai. Apa pandangan anda?
(Gambar: Vidar Nordli-Mathisen/Unsplash)
BERITAmediacorp: Tiga bait puisi tulisan pelajar sekolah menengah ini terkandung pengertiannya tentang cara memelihara kehidupan aman damai. Apa pandangan anda?
Selamat datang wahai bulan yang mulia
Kenapa engkau kelihatan muram
Adakah aku yang banyak berdosa
Ataupun pelaksanaan ibadah yang tidak sempurna
Berhati-hatilah dengan adab bangsa
Walaupun marah tetap ada batasan
Tutur bicara bersulam santun dan sopan
Jaga lidah agar tidak keterlaluan
Kerana apabila satu kali orang terkesan
Lukanya dalam pedihnya tak keruan
Apabila tiba bulan Ramadhan
Ramai yang ingin bermaaf-maafan
Namun, sejauh mana mereka dapat lupakan
Kerana mereka hanya manusia, bukan Tuhan
Oleh itu pentingnya sentiasa berwaspada
Berjaga-jaga agar tidak terhantuk
Kerana bila terhantuk barulah terngadah
Tiada guna, tanggunglah akibat buruk
Telanlah segala padah.
KARYA: NUR DINAH MOHAMED
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.