#BeliaSG: Alam dan Bencana
Karya dalam ruangan #BeliaSG minggu ini seolah-olah menjadi 'suara' mereka yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri bencana berlaku di hadapan mereka.

(Gambar fail: Reza Juanda/AFP)
BERITAmediacorp: Karya dalam ruangan #BeliaSG minggu ini seolah-olah menjadi 'suara' mereka yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri bencana berlaku di hadapan mereka. Penulis muda ini sekali gus mengajak anda memahami kesengsaraan yang mungkin tidak dapat diungkapkan sepenuhnya oleh mereka yang ditimpa malang dalam kejadian bencana.
Gempa!
Kau sangat dahsyat!
Pencakar langit yang tegak kini bergoyang
Kesan ditanggung amat berat
Ramai bersedih, hilang yang tersayang
Gunung berapi!
Kau meletup-letup
Sekeliling alam, kabut menutup
Hidup yang riang termusnah sudah
Kampung nan indah kini punah
Taufan!
Kau melanda pelosok jalan
Habis rumah kau musnahkan
Haru-biru ditambah dengan hujan
Hanya mampu berdoa kepada Tuhan
Tsunami!
Kau menerjah dari lautan
Membawa gelombang setinggi bangunan
Menelan manusia, harta dan haiwan
Sekelip mata semua kau telan
KARYA: MUHAMMAD DANIEL AHMAD
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.