Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Belia SG minta perbanyak peluang interaksi bersama pelajar berlainan kaum

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu sesi dialog yang bertujuan untuk memperdalam hubungan keagamaan dan berbilang bangsa di Singapura diadakan pada Sabtu (20 Mei).

Di antara idea-idea yang diutarakan golongan muda adalah untuk diberikan lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar berlainan kaum dan juga berkongsi makanan.

Sesi tersebut yang diadakan buat pertama kalinya bertujuan mengumpul pandangan sekitar 100,000 belia.

Ia sebahagian daripada usaha untuk menyegarkan lagi kompak sosial Singapura.

Sekitar 150 peserta di dialog anjuran Persatuan Rakyat merupakan antara yang pertama memberi pandangan mereka.

Lebih banyak pendekatan akan diadakan sepanjang tiga bulan akan datang menerusi sesi secara bersemuka dan juga wadah online.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berharap belia dapat meneruskan perbincangan sedemikian dalam kehidupan harian mereka.

"Setiap daripada kita bertanggungjawab mengajak yang lain bersama supaya perbincangan ini boleh ada kesan berganda. Satu menjadi empat, empat menjadi lapan dan seterusnya. Dan tidak lama lagi, perbincangan ini menjadi sesuatu yang orang muda di sini menerajui, memulakan dan boleh membuat kelainan sebenar terhadap hubungan," kata Encik Tong.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan