Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Belia SG 18-25 tahun tidak ada persiapan cukup pastikan kewangan mantap pada masa depan: Kajian UOB

Anggaran Waktu Membaca:
Belia SG 18-25 tahun tidak ada persiapan cukup pastikan kewangan mantap pada masa depan: Kajian UOB

(Gambar fail: Ooi Boon Keong/TODAY)

SINGAPURA: Satu kajian mendapati, warga muda Singapura berusia antara 18 dengan 25 tahun adalah golongan yang tidak mempunyai persiapan mencukupi untuk memastikan kewangan mereka mantap pada masa depan.

Kajian UOB itu juga mendapati hampir 70 peratus daripada seribu warga Singapura yang ditinjau bersikap lebih positif tentang ekonomi setempat.

Kadar itu 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Kajian itu dilakukan antara Mei dengan Jun tahun ini, melibatkan lima negara serantau termasuk Singapura dan Malaysia.

Ia juga mendapati, satu daripada 10 responden daripada golongan Gen Z tidak ada insurans perlindungan.

Berbanding dengan golongan lebih dewasa, hanya 17 peratus responden mendapatkan perlindungan bagi penyakit kritikal, manakala 13 peratus mendapatkan perlindungan apabila mereka hilang daya upaya.

Sekitar 60 peratus warga Singapura pula sudah membuat persiapan kewangan bagi menghadapi sebarang krisis.

Mereka mempunyai simpanan kecemasan untuk menampung diri mereka sekiranya sesuatu berlaku.

Dalam kalangan mereka berusia antara 42 dengan 57 tahun, sekitar 54 peratus ada wang simpanan bagi kecemasan.

Kadar itu lebih rendah berbanding golongan Gen Z, di mana 59 peratus daripada mereka ada simpanan sedemikian.

Dari segi perancangan awal, hanya 10 peratus golongan Gen Z sudah membuat wasiat.

Sekitar 29 peratus pula sudah menamakan waris bagi simpanan CPF mereka.

Dari segi pelaburan pula, generasi lebih muda lebih giat melakukannya.

Sekitar 65 peratus yang mengetepikan 10 peratus daripada pendapatan tahunan mereka untuk pelaburan berusia antara 18 dengan 40 tahun.

Menurut kajian itu, ia adalah tanda baik bahawa golongan belia memberi perhatian kepada persiapan bagi pesaraan dan matlamat kewangan lainnya.
Sumber : CNA/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan