Belia ini guna duit sendiri bantu pekerja gig sebaya bina masa depan cerah
Anggaran Waktu Membaca:

Farah Amy memulakan Groundbreakers Collective pada 2024. (Gambar: Syazwani Sanep/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Sedang ramai anak muda seusianya sibuk bekerja apatah lagi kerana baru bertatih-tatih dalam alam pekerjaan, Nurfarah Amira, 26 tahun, mengambil langkah yang bukan 'biasa-biasa'. Apa yang dilakukannya bahkan sesuatu yang tidak ramai sanggup usahakan.
Amira, yang biasanya disapa sebagai Farah Amy, mengorak langkah membangunkan satu rangkaian yang memperkasa individu tanpa pekerjaan tetap. Dikenali sebagai Groundbreakers Collective, inisiatif itu memberi tumpuan khusus kepada pekerja ‘gig’ berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Pelbagai inisiatif dianjurkan - seperti bengkel interaktif, sesi santai dan wadah untuk mempamerkan bakat - demi membantu pekerja 'gig' sedemikian meneroka potensi masing-masing agar dapat membina masa depan lebih cerah.
“Kami bukan nak ajar macam guru tapi nak bangunkan satu komuniti di mana mereka rasa diterima dan bebas untuk cuba (apa yang diminati),” jelas Amy, karyawan dalam sektor sosial yang mendampingi belia.

Lebih menarik lagi, lulusan psikologi dari Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) dan Kaplan itu membiayai sendiri segala program Groundbreakers Collective bersama rakan-rakannya.
"Saya ada kawan-kawan lain yang tolong merealisasikan visi ini. Kami belum lagi cuba mendapatkan dana. Kami keluarkan duit sendiri bagi kebanyakan bengkel," kata Amy.
"Kami misalnya bekerjasama dengan penyedia tempat (untuk anjurkan bengkel). Kami dapatkan khidmat-khidmat pada harga yang sangat rendah. Kadang-kadang kami tanya kawan-kawan kalau ada 'lubang' tak? Ini caranya kami kurangkan kos untuk bertahan lama."
Groundbreakers Collective diusahakan Amy bersama dua rakannya sejak Mac 2024.
PENGALAMAN HIDUP DORONG AMY TABUR BAKTI
Kru Nadi Kampus bertanya kepada Amy mengapa beliau sanggup meluangkan masa menjalankan pelbagai inisiatif di bawah Groundbreakers Collective sedangkan beliau sendiri sibuk bekerja. Ini jawapan spontan beliau:
"Saya sendiri pernah nakal. Dulu saya suka bergaul dengan ramai pelajar lain... ada yang lebih tua daripada saya. Mereka yang di Woodlands mungkin tahu saya suka lepak di sana."

Amy jelas tidak segan berkongsi tentang zaman remajanya. Ketika melalui 'fasa nakal' itulah Amy dapat melihat sendiri bagaimana sebilangan rakan yang dikenali "terus kerja lepas sekolah sebab tak tahu nak buat apa".
Amy percaya, tidak semua belia yang tidak mendapat pekerjaan tetap, adalah malas atau tidak berusaha. Ramai sebenarnya bijak dan kreatif, tetapi tidak mempunyai sokongan emosi, rangkaian sosial, atau peluang untuk meneroka potensi mereka, tegas Amy.
"Ada yang tidak tahu apa nak buat dengan hidup mereka selepas tamat sekolah. Kemudian, disebabkan mereka kurang keyakinan diri untuk meluaskan jaringan sosial, mereka sekadar lakukan apa yang mereka rasa mereka boleh, dan bukannya mencari tahu lebih lanjut," terangnya.
"Bukan tak ada sokongan langsung. Tapi ramai yang tak yakin nak gunakan apa yang mereka ada. Bila keyakinan tak ada, semua rasa jauh dan sukar," tambah Amy lagi.
INISIATIF PERTAMA DIJALANKAN PADA 'PARKING DAY'
Titik permulaan Groundbreakers Collective ternyata tidak dirancang sama sekali.
Pada 2023, Amy bekerja sebagai seorang pegawai eksekutif bersama sebuah perusahaan sosial. Secara kebetulan, syarikat itu menganjurkan 'Parking Day' di mana anggota masyarakat dapat berkongsi tentang usaha kemasyarakatan masing-masing di tempat letak kereta yang diubah menjadi ruang masyarakat.

"Saya saja (dapatkan satu lot) dan cuba buka satu 'reruai' untuk kawan-kawan. Saya pamerkan hasil kerja kreatif mereka (di sana). Saya paksa ramai rakan-rakan saya membuat kerja sukarela ini bersama saya," cerita Amy.
“Ramai antara mereka bukan artis profesional, tapi mereka rasa seronok dapat tunjukkan bakat.”
Dari situ Amy sedar bahawa ramai belia hanya perlukan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka, dan untuk rasa dihargai. Ini jugalah menjadi titik permulaan Groundbreakers Collective.
“Saya nampak sendiri perubahan bila mereka diberi ruang. Mereka lebih yakin. Mereka rasa mereka mampu,” luah Amy.
MENYEDIAKAN RUANG & LALUAN
Maka itulah Groundbreakers Collective mengambil pendekatan yang fokus kepada program yang mengupaya golongan belia membina kepercayaan diri.
Amy dah rakan-rakan antara lain menganjurkan sesi dikenali sebagai 'Kopi Talks' dan 'Lepak & Chill' di mana para peserta boleh berkenalan, berkongsi cerita dan membina jaringan dalam suasana yang santai dan selamat.

Groundbreakers Collective juga mengadakan bengkel yang menerapkan aspek permainan dan aktiviti interaktif untuk mengasah pemikiran kreatif para peserta. Ini selain memastikan belia dapat mempamerkan bakat kreatif serta idea keusahawanan mereka kepada umum.
Pendekatan menyeluruh ini mempunyai satu matlamat, iaitu untuk mencipta ruang inklusif dan membina, yang membolehkan anak muda berasa mereka tidak bersendirian dalam perjalanan hidup mereka.

Amy juga menjelaskan kepada kru Nadi Kampus, apa yang beliau lakukan bukanlah untuk ‘menyelamatkan’ sesiapa, tetapi untuk membuka jalan para belia.
Demi memperhalusi lagi inisiatifnya, Amy menyertai satu program dikenali sebagai 'Groundbreakers Leadership' yang dianjurkan di bawah BAGUS Together.
BAGUS (Building All Groundups for Success) Together merupakan kerjasama tiga pihak antara Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC), Yayasan Temasek dengan Lembaga Tote. Inisiatif ini bertujuan membantu individu atau kumpulan yang bertekad membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Para peserta BAGUS Together akan dibantu melalui kerjasama, akses yang lebih baik kepada pelbagai sumber, rangkaian, serta pelbagai bentuk sokongan lain.
"Dalam program ini, saya bersama 14 peserta lain mengikuti bengkel dan sesi muhasabah diri yang memperkukuh hala tuju dan kepimpinan kami. Kami juga didedahkan kepada Systems Thinking -yang membuka mata saya tentang bagaimana usaha kami saling berkait dalam ekosistem sosial," kongsi Amy.
"Saya paling banyak belajar daripada komponen Strategy, yang bantu saya menyusun dan merancang hala tuju Groundbreakers Collective dengan lebih jelas. Program seperti ini sangat penting untuk usaha-usaha yang dimulakan di peringkat masyarakat, berkembang."

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.