Belia aktif imarah Masjid Pusara Aman, anjur program 'Night Walk' dan pelbagai usaha mesra jemaah
Anggaran Waktu Membaca:

Para pegawai belia di Masjid Pusara Aman. (Gambar-gambar: Afiqah Hussain/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Masjid Pusara Aman mungkin bukan masjid pertama yang akan terlintas dalam fikiran apabila anda ingin menunaikan solat tarawih ataupun berbuka puasa. Manakan tidak, ia terletak bersebelahan tanah perkuburan, di kawasan yang sepi. Namun, jangan terkejut.
'Masjid Kubur' itu sering dibanjiri jemaah. Tempat letak kereta di hadapan masjid berkenaan bahkan selalu penuh, apatah lagi pada hujung minggu.
Lebih menarik lagi, hampir semua kakitangan masjid berkenaan ternyata golongan belia yang aktif menganjurkan pelbagai program menarik, seperti 'Taddabur Night Walk' buat remaja.
SEJAUH MANA BELIA IMARAHKAN MASJID?
Semasa kru Nadi Kampus ke sana, kami dimaklumkan bahawa Masjid Pusara Aman mempunyai 15 pegawai tetap yang mengendalikan segala operasi dan program masjid. Seramai 11 daripada mereka pula terdiri daripada golongan belia.

"Terdapat juga sekitar 10 sukarelawan belia yang aktif di sini," kongsi Encik Aire Sidek, 29 tahun. Beliau sendiri sudah tiga tahun bertugas di masjid berkenaan sebagai Penolong Eksekutif bagi estet dan operasi Masjid Pusara Aman.
"Saya suka dengan kemesraan antara kakitangan di sini," tambahnya.
Naib Pengerusi bagi sayap belia masjid-masjid di kawasan barat Singapura, Izzairin Swandi, turut mengesahkan Masjid Pusara Aman sememangnya proaktif untuk mendapatkan tenaga kerja "muda".
"(Pegawai-pegawai belia di sini) semuanya lulusan universiti, ada yang baru selesai atau sedang menjalani PCICS. Kami rasakan bahawa masjid ini satu platform latihan bagi mereka. Kita memberikan kesempatan buat mereka," terang Encik Izzairin.

PCICS merujuk kepada Program Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS). Program itu merupakan prasyarat bagi lulusan agama dari luar negara sebelum diterima masuk ke dalam Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
Encik Izzairin kemudian menarik perhatian kepada bagaimana para pegawai belia di Masjid Pusara Aman menggunakan media sosial untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap masjid itu. Wadah berkenaan umumnya digunakan untuk berdakwah dan berkongsi inisiatif yang dijalankan.
"Bila kita melihat kandungan yang diterbitkan mereka, ia sedikit sebanyak menarik hati dan menarik minat belia-belia untuk datang," kata beliau yang juga merupakan bendahari dalam Lembaga Pengurusan Masjid Pusara Aman.

"Persepsi sedia ada terhadap masjid sekarang ini adalah ia untuk golongan lebih berumur tapi keunikan Masjid Pusara Aman (dapat diserlahkan). Belia mungkin terfikir... Ia jauh tapi banyak belia pula. Mengapa ya?"
Encik Izzairin percaya kesannya kemudian dapat dilihat pada sambutan program-program yang dianjurkan, terutama sekali pada bulan Ramadan.
"Bagi sesi solat tarawih, banyak kita menyaksikan remaja datang secara berkumpulan," ulasnya lagi.
PROGRAM KHAS BUAT BELIA
Dalam pada itu, Encik Aire berkongsi bahawa pihak pengurusan masjid juga telah menganjurkan beberapa acara khusus buat golongan belia. Ini termasuk program 'Belia Berselawat' yang berlangsung selama 3.5 jam, di mana golongan belia boleh mendengar tazkirah, menonton persembahan, menunaikan solat fardhu, di samping membaca al-Quran bersama-sama.
Masjid Pusara Aman juga pernah mengatur program untuk Rangkaian Pelajar Muslim Politeknik Nanyang di mana para peserta diajak mengikuti kursus pengurusan jenazah. Para pelajar turut berpeluang mengikuti 'Taddabur Night Walk' dan Qiyammulail di tengah-tengah keheningan malam di tanah perkuburan.

"Kami tahu golongan belia... Mereka suka dengan pengalaman yang berlainan, seperti 'mengembara' pada sebelah malam," ujar Encik Aire.
Pada hujung minggu ini, satu lagi program belia baharu akan dijalankan iaitu, Yuf'aan Scavenger Hunters.
Program dua hari satu malam itu dibuka kepada jemaah yang berusia antara 15 dengan 25 tahun. Peserta antara lain berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menyeronokkan, selain mendengar perkongsian asatizah. Butiran terperinci acara tersebut bagaimanapun 'dirahsiakan'.

TEKAD TERUS MESRA JENAZAH, MESRA JEMAAH
Apa pun, Masjid Pusara Aman turut berusaha memenuhi keperluan jemaah lain - sebagaimana yang dilakukan masjid-masjid lain - sekalipun ia terletak jauh dari kawasan kejiranan.
Bagi bulan Ramadan ini misalnya, ia turut mengadakan acara berbuka puasa dan tarawih.
"Dengan slogan kami 'Ramadan by the graves' ataupun Ramadan di kawasan perkuburan, kami menghidupkan bulan mulia ini dengan pelbagai program seperti berbuka puasa, solat tarawih, Qiyammulail, taddabur al-Quran mahupun pengagihan bubur Ramadan," kongsi Encik Aire yang menambah bahawa para jemaah juga boleh meninggalkan anak mereka di bawah jagaan para relawan sepanjang solat tarawih.
Kru Nadi Kampus melihat sendiri bagaimana para relawan belia di masjid ini melaburkan tenaga, walaupun pada hari biasa, mengagihkan makanan dan melayan karenah anak-anak jemaah dengan mengajak mereka melukis dan mewarna gambar.
Satu lagi inisiatif terbaharu Masjid Pusara Aman adalah menyediakan 'Go Mama Pod'. Ia merupakan satu usaha demi membolehkan golongan ibu menyusukan bayi dalam ruang yang privet dan aman.

Kru Nadi Kampus diberitahu bahawa Masjid Pusara Aman merupakan masjid kedua di Singapura yang menyediakan kemudahan itu. Masjid pertama yang melaksanakan inisiatif serupa ialah Masjid Kassim di Changi Road.
"Suasana asal kampung masih kekal. Cuma pada masa ini perubahan sangat pesat kerana program-programnya, pendekatannya berbeza," tegas Encik Izzairin.
"Kita sedia maklum bahawa masjid ini orang kata... (akan disinggah) dari usia jemaah masih kecil sehingga mereka kembali. Jadi setiap masjid itu akan tetap diziarahi jemaah. Namun golongan belia menjadi fokus (Masjid Pusara Aman) kerana mereka adalah pelapis untuk pentadbiran masjid yang seterusnya," tambahnya.
"Ilmu yang mereka ada itu sangat berharga yang kita tidak boleh melepaskan begitu sahaja."
Yang pasti juga, Masjid Pusara Aman bukan sekadar masjid biasa, tetapi boleh dianggap sebagai sebuah pusat masyarakat yang berkembang dengan melibatkan golongan belia dalam pentadbirannya.
Penglibatan para pegawai belia itu jugalah telah membawa kesan positif dan mengubah persepsi masyarakat terhadap 'Masjid Kubur' ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.