Anak Singa Keracak Tinggi Di Bumi Rimau
Anggaran Waktu Membaca:

Qucinta Ardilah, enam dari kiri. Nur Zuhairah, lima dari kanan. (Gambar ihsan: Iffah Nadiah)
KUALA LUMPUR: Kehangatan suasana istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) masih lagi membara di kampus universiti itu. Mahasiswa Singapura turut menyemarakkan lagi keadaan dengan meraikan pencapaian para graduan tahun ini.
Saban tahun, Universiti Malaya tidak pernah lekang menerima pelajar Singapura sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Istiadat konvokesyen yang ke-62 ini menyaksikan 17 siswazah dari Singapura melakar kejayaan di universiti nombor 1 Malaysia itu.
Dua daripadanya ialah Qucinta Ardilah Roslan dan Zuhairah Zulkiflee.

Qucinta Ardilah Roslan merupakan seorang graduan lulusan Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional yang meraih kelas kepujian tertinggi (Distinction). Selama enam semester berturut-turut, beliau mencapai Anugerah Dekan di Akademi Pengajian Melayu. Kecemerlangan ini membakar semangat dan memutikkan inspirasi dalam diri setiap mahasiswa Singapura yang sedang menuntut di Universiti Malaya.
Setentunya pencapaian cemerlang ini tidak datang bergolek. Banyak liku kepayahan yang harus ditempuhi sebagai seorang pelajar.
SEMANGAT KENTAL MESKI DILAMUN KERINDUAN
Sebagai seorang mahasiswi antarabangsa, perasaan gemuruh itu tidak dapat dielak dek harus berjauhan daripada ahli keluarganya dan hidup bersendirian selama tempoh pengajian. Pada masa yang sama, keghairahan juga meruap dalam sanubari Qucinta kerana berpeluang meneruskan pelajaran di menara gading dan sekaligus, dapat menjelajahi negara jiran.
Bagi Qucinta, perpisahan ini mencetus rasa rindu terhadap keluarga dan juga suasana kehidupan di tanah airnya. Namun begitu, Qucinta tidak lepas mencedok nilai-nilai positif yang berputik daripada pengalaman baru ini.
“Antara nilai-nilai positif yang telah saya raih sepanjang tempoh pembelajaran adalah untuk menyesuaikan diri. Mungkin kedengaran agak pelik, namun saya juga merindui persekitaran yang nyaman dan suasana kehidupan yang pesat di Singapura.”
Siswazah Akademi Pengajian Melayu itu menambah :
“Kendatipun begitu, pengalaman ini banyak mengajar saya hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Saya dikehendaki membuat keputusan sendiri dan memikirkan tentang kesan masa panjangnya.”
DUGAAN BERTUBI DI KALA WABAK COVID-19 MELANDA
Terperangkap dalam era pandemik, perubahan mendadak semestinya menjejas pembelajarannya. Qucinta sedang berada di Singapura sewaktu berlakunya penutupan sempadan Singapura dan Malaysia. Lantaran itu, beliau tidak sempat untuk pulang kembali ke Kuala Lumpur untuk mengambil barangan-barangan yang banyak di hostel.
Pembelajaran dalam talian mampu mengakibatkan satu kerancuan dan kebimbangan buat setiap pelajar universiti. Qucinta tidak terkecuali dalam mengalami yang sama.
“Yang pasti, terdapat banyak kekangan apabila pembelajaran dilakukan secara dalam talian, seperti masalah teknikal dan sebagainya”
“Bagi saya, ia juga agak sukar untuk saya kekal fokus semasa kuliah segerak dijalankan dan kerja kumpulan juga sulit untuk dikendalikan. Saya juga harus bergantung kepada rujukan-rujukan dalam talian yang agak terhad kerana tidak pergi ke perpustakaan di universiti dan fakulti” ujarnya.
Dalam pada dilanda ombak kesulitan, Qucinta tidak alpa memanjatkan kesyukurannya kerana masih mempunyai kelengkapan yang memadai dan suasana belajar yang kondusif berbanding rakan-rakannya di negara lain.
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya sudah melahirkan ramai guru Bahasa Melayu yang berwibawa di Singapura. Seiring dengan sejarah fakulti ini, Qucinta juga berazam untuk menjadi guru Bahasa Melayu. Beliau melihat kepentingan untuk mendidik generasi masa hadapan tentang peri pentingnya Bahasa Melayu dalam keadaan dunia yang semakin menjurus kepada penggunaan Bahasa Inggeris.

ASPIRASI BUAT DIRI, NUSA DAN BANGSA
Dengan segenap semangat, Qucinta ingin terus menabur bakti kepada masyarakat dengan ilmu yang diperoleh.
“Harapan saya bagi masyarakat adalah agar mereka tetap melihat Bahasa Melayu ini sebagai sebahagian daripada identiti kita. Kesopanan dan kesantunan dalam bahasa ini yang bakal membentuk keperibadian kita. Ini yang sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat secara amnya” tambah Qucinta.
Ekoran daripada tamatnya pengajian, Qucinta berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti yang sama. Namun, disebabkan keadaan sekarang yang tidak menentu, beliau mengambil keputusan untuk mencari pengalaman di Singapura terlebih dahulu.

SISWAZAH S'PURA BERANI CUBA SESUATU YANG BARU
Seorang lagi siswazah, Nur Zuhairah Zulkiflee merupakan mahasiswa Singapura yang pertama daripada lulusan Syariah Astronomi Islam (Akademi Pengajian Islam).
Menurut Zuhairah, program sarjana ini jarang diberi perhatian dek minat yang kurang daripada rakan-rakan pelajar seangkatannya. Malah, komuniti pakar dalam bidang Astronomi Islam juga tidak begitu besar di Singapura.
Namun begitu, bekas pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah itu kekal bersemangat dan menanam niat untuk menjadi wanita pertama yang menguasai ilmu Astronomi Islam di negara kelahirannya.

Sebagai mahasiswa Singapura yang pertama dan satu-satunya dalam program sarjana ini, ia menjadi satu kesukaran kerana beliau ketandusan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pelajar-pelajar sebelumnya. Oleh yang demikian, terdapat beberapa rintangan yang Zuhairah hadapi sepanjang masa pengajiannya.
Ilmu Astronomi Islam banyak berkait rapat dengan ilmu Matematik dan Fizik. Pencerahan ilmu-ilmu ini dalam program sarjana tersebut dilakukan dalam Bahasa Melayu. Bagi Zuhairah, beliau mengalami kesulitan dalam mempelajari ilmu-ilmu itu dalam Bahasa Melayu kerana terbiasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
“Dalam program sarjana ini, saya harus mengkaji semula konsep-konsep Matematik dan Fizik yang dipelajari sewaktu saya berada di bangku sekolah menengah,” kata Zuhairah.
Siswazah itu turut menambah :
“Sewaktu saya mempelajari mata pelajaran ini di sekolah menengah, bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Namun, di universiti ini, ilmu Matematik dan Fizik diajarkan kepada saya dalam Bahasa Melayu. Terdapat ketidakbiasaan dalam istilah-istilah yang digunakan tetapi saya tetap berusaha untuk menyesuaikan diri.”
BIBIT-BIBIT MANIS SEBAGAI MAHASISWA ANTARABANGSA
Meskipun berada di “tempat orang”, Zuhairah tidak melepaskan peluang untuk mencipta memori dan belajar erti mandiri. Menuntut ilmu di negara seberang mengizinkannya untuk bersikap lebih berdikari.
“Sebagai pelajar antarabangsa di negara yang berbeza, saya terpaksa hidup berjauhan daripada keluarga. Namun, saya memanfaatkan faktor itu kerana ia memberi kebebasan untuk mengatur jadual harian saya mengikut keperluan pengajian saya.” ujarnya.
Zuhairah juga rancak menjalinkan persahabatan bersama rakan-rakan antarabangsa yang datang dari setiap pelusuk dunia. Ini membuka matanya untuk mengenali kehidupan, budaya dan bahasa yang rencam dan berlainan. Baginya, pengalaman berkawan dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain ialah pengalaman yang sangat berharga. Selain dapat mengisi masa lapang bersama, pelbagai nilai murni dapat beliau cungkil melalui interaksi bersama pelajar-pelajar antarabangsa ini.

Pada tahun 2019, Zuhairah berserta rakan-rakan sekursusnya telah melawati Tanjung Piai, Johor untuk menyaksikan sebuah fenomena alam yang jarang berlaku. Mereka berpeluang untuk mencerap kejadian gerhana matahari cincin dan menyediakan laporan kajian mengenai fenomena itu.
Zuhairah juga dikurniakan peluang untuk menjalani latihan amali (internship) di bawah institusi Muis Academy. Latihan amali yang berlangsung selama dua bulan itu menyajikannya dengan peluang yang kaya. Antaranya, Zuhairah banyak menyumbang idea dan usaha dalam kerja transkripsi buat program-program pendidikan yang dikelolakan oleh Muis Academy. Sewaktu latihan amali ini, sikap Zuhairah yang proaktif mendorongnya untuk menyumbang idea-idea baru serta melakukan pembentangan yang berkaitan.
Pengalaman latihan amali ini setentunya meningkatkan daya profesionalismenya secara menyeluruh. Zuhairah turut berkata
“Peluang latihan amali ini telah membantu saya untuk berfikir dengan cara yang lebih kritis, meningkatkan mutu kemahiran pembentangan dan mendorong saya untuk menjadi sang pendidik yang berkaliber”.
Kebolehan Zuhairah ini jelas terzahir tatkala beliau dinobatkan sebagai pengucap ketiga terbaik bagi projek akhir tahun dalam kalangan kohortnya.
MATLAMAT DAN ASPIRASI TINGGI
Seusai pengajian Zuhairah di Universiti Malaya, kini beliau bertekad untuk menjadi individu yang menyumbang kepada masyarakat Melayu Islam Singapura.
“Saya ingin membangkitkan lagi kesedaran masyarakat tentang perkaitan astronomi dengan Islam. Saya bercadang untuk mencipta program yang dapat mendidik mereka tentang ilmu yang berharga ini.
Saya harap masyarakat dapat bersikap lebih terbuka dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu Astronomi Islam”, begitulah harapan dan impian Nur Zuhairah.
MENGENAI PENULIS:
Amirul Hakim, ialah mahasiswa Singapura yang menuntut dalam Tahun 1 jurusan Pengajian Melayu di Universiti Malaya (UM).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.