Anak muda ini bertekad perhalusi seni grafiti; tampil dalam Pesta Seni Bandar Aliwal
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Fatyn Afiqah/BERITA Mediacorp
SINGAPURA: “Anda rasa ini seni?”
Meskipun karya seni grafitinya pernah dipersoalkan sebelum ini oleh orang di sekelilingnya, ia masih tidak mudah bagi anak muda berusia 24 tahun ini untuk menghadamnya.
Apatah lagi, memandangkan beliau baru saja menceburi seni grafiti selama kurang setahun di bawah program 'Street Arts Residency' Belia *SCAPE.
Namun, lulusan Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) dalam jurusan Ilustrasi Reka dengan Animasi ini tidak patah semangat untuk terus memperhalusi kemahirannya dalam seni grafiti.
Maka tidak hairanlah, beliau tidak berfikir panjang untuk merebut peluang mempamerkan bakat seni grafitinya kepada khalayak ramai, sebagai sebahagian daripada Pesta Bandar Seni Aliwal.
Pemuda ini yang ingin dikenali dengan nama seninya, Zee Fish, adalah antara artis seni jalanan yang bakal memeriahkan acara itu, yang akan berlangsung pada Sabtu (25 Jan) di Pusat Seni Aliwal.
Di acara tersebut, Zee Fish serta artis grafiti muda lain yang dibimbing RSCLS, sebuah kolektif seni jalanan tempatan, di bawah program kendalian *SCAPE, bakal menunjukkan selok-belok seni grafiti kepada para pengunjung yang ingin berjinak-jinak dengan seni tersebut.

Menariknya, ia merupakan 'showcase' seni secara langsung yang pertama bagi Zee Fish, sejak beliau berkecimpung dalam seni grafiti pada September lalu.
Ditanya apakah kelainan penampilannya kali ini berbanding pameran grafiti sebelum ini, bekas penuntut Kolej ITE Tengah itu menarik perhatian bahawa beliau telah menyahut cabaran untuk merangkumkan atau menyatukan apa saja yang direkakan pengunjung daripada pelbagai latar belakang untuk menjadi satu karya seni grafiti.
Beliau akur berasa agak gementar memandangkan tidak tahu apa yang boleh dijangkakan daripada acara tersebut.
Sungguhpun demikian, Zee Fish masih meluahkan rasa berbesar hati atas kesempatan untuk berkarya, di samping artis-artis seni jalanan lain yang sudah menempa nama dalam bidang seni tersebut.
DALAMI SENI GRAFITI SEBAGAI MEDIUM SENI BAHARU; LUASKAN PERSPEKTIF DALAM BERKARYA
Setelah menamatkan pengajiannya di NAFA dua tahun lalu, Zee Fish giat melakukan tugas ilustrasi secara sambilan sebelum mengambil langkah berani untuk mendalami seni baharu.
Beliau sememangnya, tertarik dengan sifat seni grafiti yang boleh diakses dan dinikmati oleh mereka daripada berbagai lapisan masyarakat, pada bila-bila masa.
Namun, bagi Zee Fish, hasratnya untuk menceburi seni itu lebih daripada sekadar menunjukkan bakat serta daya kreativitinya.
Beliau ingin menyebarkan kegembiraan kepada orang ramai, melalui karya-karya seni grafiti yang dihasilkan.

"Bukan saja-saja nak cat semua benda tapi nak warnai dunia. Jika saya gembira lakukan ini, saya ingin buat semua orang gembira. Itu sajalah, sekadar nak sebarkan emosi saja," ujar Zee Fish kepada BERITA Mediacorp.
INGIN TANGKIS SALAH TANGGAPAN YANG SENI GRAFITI 'MENAKUTKAN' UNTUK CUBA
Ditanya sama ada sudah terdapat perubahan dalam persepsi masyarakat terhadap seni grafiti, yang seringkali dikaitkan dengan stigma negatif, berdasarkan pengamatannya, Zee Fish berkata beliau sedar bahawa masyarakat sudah mula menerima dan bersikap terbuka terhadap seni grafiti.
Beliau bagaimanapun masih tidak dapat mengelak daripada segelintir mereka di sekelilingnya, yang mempersoalkan karya seni grafitinya.
Zee Fish menganggap bahawa persepsi itu mungkin tercetus daripada penilaian setiap individu mengenai apa yang boleh diterima sebagai 'seni' serta emosi yang diundang daripada sekadar menatap karya itu.
"Mereka cepat untuk menghakimi sebab seni jalanan ini di jalanan. Mereka pun ada penilaian antara apa yang dianggap seni yang cantik dan apa yang dianggap vandalisme? Tiada yang samar-samar. Seni ini cetuskan emosi. Mereka mesti ada emosi. Itu sebabnya mereka ada persepsi sedemikian," luahnya.
Pun begitu, ia tidak sekali-kali mematahkan semangat Zee Fish untuk terus berkarya.
Malah, beliau membulatkan lagi tekad untuk mengajak lebih ramai orang daripada pelbagai latar belakang, terutama sekali mereka yang menganggap seni grafiti "menakutkan", untuk mencuba seni itu, apatah lagi menikmati rasa ketenangan, yang dirasakan setiap kali beliau berkarya.
Lantaran itu, Zee Fish berharap peluang untuk tampil dalam acara seperti Pesta Seni Bandar Aliwal, dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk beliau menonjolkan lagi bakatnya, baik dalam seni ilustrasi mahupun seni grafiti.
Berlangsung di kawasan Kampong Gelam, Pesta Seni Bandar Aliwal 2025 memberi tumpuan kepada seni jalanan dan subkultur belia, dengan sajian pameran mengenai penyesuaian dalam dunia automotif, studio terbuka, sesi lukis grafiti secara langsung, bengkel dan persembahan muzik dan tarian.
Pesta Seni Bandar Aliwal 2025 bakal berlangsung dari 12.00 tengah hari pada 25 Jan. Tiada bayaran dikenakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.