Alumni NJC kembali ke maktab, kongsi ilmu tentang budaya dan warisan Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
Para peserta sesi perkongsian wayang kulit (Gambar: Athirah Karim/BERITA Mediacorp)
SINGAPURA: Lebih ramai bekas pelajar Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) akan diundang dan diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan budaya dan bahasa Melayu dengan para penuntut maktab itu.
Ini juga satu usaha untuk memupuk budaya menyumbang kembali dalam kalangan pelajar.
"Kami memanggil (bekas) pelajar yang ada kearifan dalam bidang yang mereka ceburi supaya dapat berkongsi kembali kepada para pelajar di NJC," jelas guru penasihat Persatuan Budaya Melayu (MCS) NJC, Cikgu Artina Selamat.
Ini dimulakan dengan satu sesi yang berlangsung pada Jumaat (29 Mei).
Bekas pelajar NJC, Raditya Secondatama, diundang pihak sekolah untuk berkongsi tentang seni wayang kulit kepada para pelajar.
Sewaktu menuntut di NJC dahulu, Raditya pernah menjalani program kajian H3 dan membuat kajian tentang kuda kepang yang bertajuk 'Mati Surinya Kuda Kepang Singapura: Sebuah Kajian dari sudut pandang Penggiat Seni'.
GENERASI MUDA BERKONGSI ILMU WARISAN MELAYU
Minat Raditya terhadap seni wayang kulit mula dipupuk apabila mengikuti ayahnya yang menjadi Tok Dalang dalam program-program sekolah seperti EMAS.

"Saya sering kali mengikuti beliau dan juga melihatnya berlatih sewaktu di rumah sewaktu malam hari dan itu membuat minat saya dipupuk," jelas Raditya.
Beliau juga akan menonton pertunjukan wayang kulit bersama ibu bapanya apabila mereka pulang ke Indonesia.

Kini, penuntut NTU itu berharap golongan muda sepertinya dapat menghargai kesenian nusantara di Singapura.
"Kesenian nusantara bukan hanya tentang wayang kulit tetapi juga kesenian lain seperti kuda kepang mahupun Mak Yong dan ronggeng," kata beliau.
"Kesenian-kesenian ini telah melalui proses yang panjang (dan) melalui pertukaran sehingga mana ia dapat disesuaikan mengikut masyarakat Singapura. Apabila kita tidak melestarikan kesenian ini, tentunya ini merupakan sesuatu yang sangat sayang kerana kesenian yang telah diubah suai oleh generasi yang dahulu ini akan hilang. Apabila kita kehilangan kesenian yang asli ataupun yang telah diubah suai oleh generasi yang lalu, kita akan kehilangan budaya kita sebagai masyarakat Melayu di Singapura," tambahnya.
SEJARAH DAN CIRI-CIRI WAYANG KULIT
Ditanya tentang kenapa wayang kulit dipilih sebagai topik perkongsian bagi para pelajar, Cikgu Artina berkata sangat merugikan jika wayang kulit "hidup" setakat dalam muzium sahaja.
Beliau berharap sesi perkongsian oleh Raditya dapat memberi para pelajar pengetahuan tentang wayang kulit yang lebih mendalam agar seni ini dapat benar-benar terus dihidupkan.

"Sebelum sesi ini, saya ada sedikit (sahaja) pengetahuan tentang wayang kulit kerana saya tidak dapat banyak pengetahuan atau pendedahan kepada seni wayang kulit tersebut," akur pelajar tahun 1 NJC, Eryna Amelie Nurul Hatta.
"Namun dengan sesi ini, saya telah mempelajari banyak pengetahuan tentang seni wayang kulit yang lebih mendalam seperti peranan-peranan atau watak-watak dan yang ditunjukkan tadi," tambah beliau.
Bagi Presiden MCS, Nadine Alya Ramdhan, sesi perkongsian oleh Raditya mengajarnya tentang asal-usul dan sejarah penggunaan wayang kulit.
"Saya mempelajari bahawa terdapat banyak sejarah (wayang kulit) yang merupakan pengaruh-pengaruh daripada India, China dan Jawa dan juga perubahan di mana wayang kulit digunakan untuk dahulunya menyampaikan dakwah dan sekarang hanya untuk warisan budaya dan juga untuk pendidikan," ungkap Nadine.

Para pelajar juga diberi peluang bermain dengan patung-patung wayang kulit.
Malah, ada juga yang dapat menggerakkan dan melakonkan sebuah persembahan pendek wayang kulit mereka sendiri.
Selain itu, Raditya turut berkongsi tentang cara membezakan watak baik daripada watak jahat, yakni dengan melihat warna dan hidung patung-patung tersebut.
Beliau juga berkongsi bahawa dahulu, wayang kulit tidak berwarna kerana hanya raja-raja yang boleh menonton dari depan layar manakala rakyat jelata hanya dibenarkan menonton dari belakang. Oleh itu, patung-patung wayang kulit pada waktu itu tidak diwarnakan.

Turut dikongsikan ialah cara menyediakan layar dan lampu bagi persembahan wayang kulit.
"Bagi sambutan Hari Raya pada masa hadapan, kami boleh ada pelajar NJC sendiri yang cuba melakonkan (watak wayang kulit dan) menjadi dalang," harap Cikgu Artina.
Sesi sebegini juga dibuka kepada pelajar-pelajar bukan Melayu dan menurut Cikgu Artina, ada antara mereka yang terdorong untuk menyertai MCS setelah menyertai sesi perkongsian sebegini.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.