Skip to main content

Nadi Kampus

Adakah belia ambil peduli tentang label Nutri-Grade pada minuman kegemaran yang miliki kandungan tinggi gula?

Anggaran Waktu Membaca:
Adakah belia ambil peduli tentang label Nutri-Grade pada minuman kegemaran yang miliki kandungan tinggi gula?

Gambar: Andrii Lysenko/iStock

Diterbitkan : 03 Feb 2024 03:10PM

SINGAPURA: Adakah belia mengambil peduli tentang iklan atau poster yang menggalak minuman dengan kandungan rendah gula?

Hakikatnya, persepsi umum adalah kita boleh sahaja tidak mengendahkan diet yang tidak seimbang serta cenderung dengan apa yang dipromosikan para selebriti, berbanding mengambil kira berapa banyak gula yang terkandung di dalamnya.

Sejak 30 Dis tahun lalu, label Nutri-Grade yang ditandakan dengan warna berbeza bagi kandungan gula dan/atau lemak tepu sudahpun diwajibkan untuk diletakkan pada minuman 'bubble tea' dan minuman lain yang disiapkan.

Label itu malah telah menjadi ciri bagi minuman yang sudah dibungkus sejak Disember 2022.

Sistem pelabelan itu adalah salah satu langkah untuk mengurangkan pengambilan gula.

Tinjauan Pemakanan Kebangsaan Singapura 2022 mendapati bahawa minuman bergula sahaja membentuk 52 peratus daripada jumlah pengambilan harian gula.

Sebelum syarat Nutri-Grade dilaksanakan, belia, seperti saya, seringkali memesan minuman 'bubble tea' dengan kandungan gula sebanyak 75 peratus - atau bahkan 100 peratus, di samping bahan tambahan 'pearl'. Minuman 'bubble tea' dengan 100 peratus gula biasanya mengandungi 102.5 gram gula. Minuman tenaga dalam tin yang popular dalam kalangan belia pula mengandungi sebanyak 56 gram. Ini jauh lebih banyak daripada kandungan 25 gram yang disyorkan untuk para belia.

a
Gambar: Kementerian Kesihatan


APABILA KANDUNGAN GULA DIPAPARKAN SEPENUHNYA

Dengan kandungan gula kini dipaparkan sepenuhnya, sesetengah belia yang saya temui berkongsi bahawa mereka lebih berhati-hati untuk membuat pilihan yang lebih sihat dari segi paras gula yang lebih rendah dan satu hidangan bahan 'pearl' ubi kayu, yang diketahui berkalori tinggi.

Apabila ditanya apakah tabiatnya yang sudah berubah, seorang pelajar berusia 16 tahun memberitahu saya: "Ia membuat saya fikir sama ada saya perlu lebih gula, memandangkan 'pearl' sahaja juga manis".

BERMULA DENGAN BUAT PILIHAN KANDUNGAN RENDAH GULA

Tanpa mengubah pesanan minuman mereka sekalipun, para belia sudah membuat pilihan yang lebih sihat disebabkan dasar pelabelan itu.

Perniagaan F&B dilaporkan cuba menyesuaikan minuman mereka dan menyertakan lebih banyak minuman mereka di bawah Nutri-Grade yang lebih sihat.

Dalam laporan Mediacorp, jenama 'bubble tea' tempatan LiHo mengatakan ia telah menggunakan formula yang lebih sihat dalam rangkaian minuman baharu dan menyesuaikan menu mereka untuk mengurangkan bilangan minuman kelas D (yang mempunyai kandungan gula dan/atau lemak tepu tertinggi yang dilarang daripada pengiklanan di Singapura).

Yang penting, rangkaian 'bubble tea' itu menyatakan bahawa ia telah mengurangkan rangkaian gulanya - elemen penyesuaian yang sering ditawarkan dalam minuman yang disiapkan secara langsung di Singapura - dengan 100 peratus paras gula kini boleh didapati berdasarkan apa yang sebelum ini ditetapkan sebagai 50 peratus.

KEINGINAN BELIA SEBAGAI MANIFESTASI KUASA

Kebanyakan ibu bapa yang bersikap berjaga-jaga tentang kesihatan anak-anak mereka mungkin cenderung untuk memaksa mereka makan dengan lebih sihat. Namun, ia menyebabkan belia berasa kurang yakin pada diri sendiri dan tertekan.

Kajian mendapati bahawa golongan muda mahu menonjolkan kebebasan mereka dan membuat pilihan sendiri berhubung makanan. Maka itu, persekitaran dan mesej yang betul dapat membantu remaja membuat pilihan yang lebih tepat.

Label Nutri-Grade yang baharu di Singapura mempunyai potensi untuk mengubah citarasa dan kecenderungan para belia terhadap gaya hidup yang lebih sihat.

Ini sama ada dilakukan secara tidak langsung apabila industri menyusun semula resipi mereka dan menyediakan pilihan yang lebih sihat atau secara langsung dengan menyemai sikap lebih berhati-hati dalam kalangan belia dengan pilihan mereka.

MENGENAI PENULIS

Aditeya Das adalah pelajar gred 11 di UWCSEA, Dover, Singapura.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita