Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

45 penuntut ITE diiktiraf dalam Anugerah BESTARI 4PM

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengorbanan seorang ibu mengimbangi masa antara pelajaran, rumah tangga dengan kerja-kerja kemasyarakatan diiktiraf dalam Anugerah BESTARI 4PM hari ini (14 Okt).

Cik Razlinah Razale merupakan antara 45 pemenang tahun ini.

Ibu berusia 36 tahun ini terpilih menjadi penerima Anugerah Daya Tahan 4PM yang baru diperkenalkan tahun ini.

Beliau menerima sijil, trofi dan wang tunai $300.

Kategori baru ini mengiktiraf penuntut ITE yang mempamerkan sikap daya tahan dalam mengharungi cabaran sepanjang pengajian mereka di institut itu.

Cik Razlinah mengikuti kursus kejururawatan di ITE Kolej Timur.

"Semasa saya di ITE, saya melibatkan keluarga saya iaitu anak-anak saya dan suami saya dalam pelajaran saya dan juga melibatkan mereka dalam CCA saya iaitu Kelab Rotaract untuk menolong masyarakat," kata Cik Razlinah.

Sebelum beralih bidang, beliau sebenarnya berkecimpung dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan.
Cik Razlinah menerima Anugerah Daya Tahan 4PM. (Gambar: 4PM)
Beliau mula berminat dalam bidang kejururawatan semasa membuat kerja kemasyarakatan di Filipina di mana pihaknya memberi khidmat perubatan dan pergigian secara percuma.

Tekad dan azamnya itu menarik perhatian tetamu terhormat, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

"Saya berharap Razlinah akan dapat raih kepuasan dalam kerjaya barunya dan anak-anaknya serta keluarga akan bangga dengan bagaimana beliau berdaya tahan dalam mengejar minatnya," kata Dr Tan.

Beliau juga berharap Anugerah BESTARI akan terus memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk memperbaiki diri mereka dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Seorang lagi penerima anugerah tahun ini ialah penuntut ITE Kolej Barat.

ANGGAP PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SATU DORONGAN

Anugerah Pelajar Cemerlang BESTARI 4PM tahun ini disampaikan kepada Atika Batrisha Saiful.

Cik Atika merupakan antara 10% pelajar terbaik dalam kohortnya dan namanya disertakan dalam Senarai Pengarah tahun ini.
Cik Atika diiktiraf dengan Anugerah Pelajar Cemerlang BESTARI 4PM. (Gambar: 4PM)
Selain menjaga keluarganya dan membimbing adik-adiknya dalam pelajaran, Cik Atika juga meluangkan masa hujung minggunya dalam program mentor bagi membimbing para belia lain.

"Anugerah ini telah memberi saya dorongan untuk mencapai cita-cita saya iaitu untuk menjadi seorang usahawan dan mendalami bidang saya iaitu Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan dengan ini juga memberi saya motivasi," kata Cik Atika.

Sebagai pemenang Anugerah Pelajar Cemerlang BESTARI 4PM, Cik Atika membawa pulang piala, sijil dan wang tunai $500.

Para pemenang lain pula menerima sijil dan $300.

Anugerah BESTARI ini merupakan sebahagian usaha di bawah Projek bITE (Bestari ITE) yang bertujuan mendampingi para pelajar Melayu/Muslim di ITE.
Sumber : BERITA Mediacorp/iz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa