3 persatuan siswa Melayu/Islam NUS ajak belia renungkan usaha penyahjajahan di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NUSMSS
SINGAPURA: Erti dan matlamat disebalik usaha penyahjajahan wajar dilaksanakan.
Demikian tujuan sebuah acara siri kuliah pada Sabtu lalu (18 Jan) di Perpustakaan Daerah Woodlands yang berjudul “Melepaskan Penjeratan Akal: Penyahjajahan Sejarah, Bahasa dan Agama di Singapura yang Merdeka” (Unshackling the ‘Aql: Decolonising History, Language & Religion in an Independent Singapore).

Acara tersebut merupakan anjuran gabungan julung kali antara persatuan-persatuan mahasiswa Melayu/Islam di Universiti Nasional Singapura (NUS), iaitu Persatuan Muslim NUS (NUSMS), Persatuan Pengajian Melayu NUS (NUSMSS) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS).
Biarpun ketiga-ketiga persatuan itu telah menjalinkan hubungan dan rangkaian yang erat sesama mereka buat sekian lama, acara tersebut merupakan gabungan rasmi yang pertama melibatkan usaha setiap daripada tiga persatuan berkenaan.
Acara itu juga disokong oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (OSA) di NUS.
Sebagai pembuka acara, mukadimah telah disampaikan oleh Ikmal Syafeeq selaku Timbalan Presiden NUSMSS. Antara yang ditekankan beliau ialah peri pentingnya meneruskan kerjasama rapat antara ketiga-tiga persatuan mahasiswa tersebut.
Biar dalam bentuk acara besar-besaran mahupun usaha-usaha kecil, ikhtiar itu sangat penting demi membangun dan mencapai matlamat bersama.

Acara itu juga merupakan siri tiga kuliah pendek berturut-turut yang dimulakan dengan pembentangan kertas oleh Penolong Profesor Faizah Zakaria yang bertajuk “Penyahjajahan dalam Pascajajahan” (The Decolonial in the Postcolonial). Sebagai kuliah pertama, pembentangan beliau menyediakan latar sejarah penjajahan di Singapura dan dampaknya yang masih terasa hingga ke dewasa ini. Antaranya, beliau menyerlahkan bagaimana Singapura merupakan antara satu-satunya bekas tanah jajahan yang masih taasub dan bangga akan warisan penjajahannya. Beliau juga membincangkan kepelbagaian bentuk penjajahan dan agenda masing-masing, ada yang jelas dipandang manakala ada juga yang lebih berbentuk tersirat serta bermaharajalela di ruang minda. Malah, ada yang masih berkekalan hingga ke hari ini. Menariknya, beliau juga membangkitkan antroposentrisme sebagai juga suatu bentuk penjajahan manusia ke atas alam persekitaran yang mungkin tidak disedari ramai.

Dalam kuliahnya pula, yang bertajuk “Bahasa Melayu, Bahasa Merdeka” Encik Farizan Mohd Amin membentangkan peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu sebagai lambang identiti dan ketabahan masyarakat pribumi mengharungi badai perubahan yang dibawa penjajahan dan modenisasi. Encik Farizan menekankan bagaimana bahasa Melayu itu sendiri banyak mengandungi kata-kata dan ungkapan turun-temurun yang wajar dijadikan pedoman hidup demi membangunkan masyarakat yang berguna lagi cekal menghadapi cabaran. Beliau juga menyeru suatu anjakan dalam pendekatan mempelajari bahasa Melayu ke arah yang lebih menyeluruh selain daripada hanya dianggap sebagai subjek pendidikan di sekolah.

Bagi kuliah ketiga yang dibentangkan oleh Profesor Paul Hedges, beliau menggariskan secara ringkas bagaimana peristiwa dan pengalaman sejarah di Eropah serta lensa penjajah Barat ke atas kelompok lain telah mempengaruhi pemahaman dan perkembangan agama secara umumnya termasuk Islam.
Bertajuk “Islam di Singapura: Meneroka Warisan Penjajahan Hari Ini” (Islam in Singapore: Exploring the Colonial Legacy Today) beliau menarik perhatian keadaan lebih ketara dalam masyarakat yang pernah di bawah penjajahan Barat yang seringkali menyaksikan persuratan agama dalam suatu bentuk rang undang-undang, berbeza daripada pengamalan agama sebagai suatu etos atau cara hidup sebelumnya.
Diterangkan juga pengaruh pemahaman penjajah Barat ke atas bangsa etnik dan agama serta pengurusan kuasa tatkala menjajah rantau ini. Ini jelas, menurut beliau, telah meninggalkan kesan mendalam pada pentadbiran agama serta isu-isu ketidakadilan sistemik yang masih berkekalan.
Perbincangan panel kemudian dikendalikan Presiden NUSMSS Hariz Emran sebagai moderator. Hal utama yang dikemukakan para hadiran termasuk peluang dan metode penyahjajahan yang harus disahut dan diusahakan dalam pelbagai bidang dan lapisan masyarakat yang berbeza. Antara yang menjadi saranan ialah pembacaan semula sejarah dan juga tumpuan usaha untuk mengekalkan dan memperkasa tatacara masyarakat tempatan dan pribumi. Ini termasuk bahasa ibunda dan pembangunan mengikut keperluan dan keadaan setempat. Panel kemudian berkesimpulan bahawa tiada satu cara yang betul dan tetap dalam usaha penyahjajahan dan setiap ikhtiar yang dilakarkan harus berasaskan masyarakat setempat.

Semoga semangat renungan dan penilaian kritis ini kekal membara dalam kalangan belia dan mahasiswa kita! Diharapkan dengan setulusnya juga agar acara ini hanya menandakan titik mulanya lebih banyak lagi gabungan bermanfaat antara ketiga-ketiga persatuan yang akan datang.
MENGENAI PENULIS
Hariz Emran seorang Mahasiswa Tahun 4 dalam jurusan Pengajian Melayu dan Komunikasi dan Media Baharu di Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau juga sedang berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pengajian Melayu NUS (NUSMSS).

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.