200 pelajar sekolah rendah hingga IHL beradu karya kreatif dalam Bisikan Pena

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim, yang hadir sebagai tetamu terhormat, bergambar dengan para peserta, panel juri dan pihak penganjur Bisikan Pena. (Gambar: Syazwani Sanep/BERITA Mediacorp)
Acara anjuran sekumpulan mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) di bawah naungan PBMUKS (Persatuan Bahasa Melayu NUS) itu, menyaksikan penyertaan para peserta dari 11 hingga 22 tahun, di mana mereka berentap dalam tiga kategori yang berbeza.
Kategori pantun menyaksikan persaingan dalam kalangan pelajar sekolah rendah Darjah 5 dan 6. Manakala, kategori cerpen melibatkan pelajar berusia dalam lingkungan 13 dan 16 tahun.
Kategori puisi pula merupakan medan pertarungan bagi pelajar berusia 15-22 tahun.
Acara Bisikan Pena bermula sejak Januari 2025, di mana beberapa bengkel giat dianjurkan.
Bengkel tersebut dikendalikan khususnya bagi peserta memahami selok-belok mengupas isu sosial, serta menghasilkan dan menyampaikan karya cerpen, puisi dan pantun.
Para peserta berpeluang menerima tunjuk ajar daripada sebilangan karyawan seni tersohor, termasuk Cikgu Asnida Daud, Hidayat Nordin dan Shahril Samri.
Setelah hampir lima bulan, Bisikan Pena akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan berlangsungnya acara Sayembara, pada Sabtu (24 Mei) di Persada Budaya Wisma Geylang Serai (WGS).
Ia dianjurkan dengan kerjasama WGS.
ELEMEN RAP HINGGA TEKNOLOGI AI; BISIKAN PENA CABAR KREATIVITI ANAK MUDA
Demi mencabar daya kreativiti anak muda untuk menghasilkan karya Melayu sejajar dengan trend terkini, Bisikan Pena memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam hampir kesemua kategori yang dipertandingkan.

"Kami rasa mereka amat kreatif, amat yakin. Dan ini juga dapat mencabar potensi mereka untuk berpantun. Dan pada masa yang sama memberikan faktor yang unik kepada mereka yang menonton," jelas mahasiswa NUS tahun dua dalam jurusan seni bina landskap itu.
Selain muzik rap, peserta kategori puisi turut digalakkan untuk menyuntik elemen kecerdasan buatan (AI) dalam melakarkan latar belakang, bagi menyerikan lagi persembahan mereka di atas pentas.
NJC, SEKOLAH RENDAH CHANGKAT ANTARA YANG UNGGULI BISIKAN PENA 2025
Penggunaan visual AI oleh pelajar Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) untuk mengiringi bait-bait puisi yang dilontarkan, ternyata berjaya menambat hati para juri di acara Sayembara pada Sabtu.

Kumpulan itu dianggotai oleh Andre' Luthfi Reduan, Janice Sugiharto, Americh Kyle Minerva dan Muhammad Muaz Abdul Hamid.
"Saya rasa amat bangga dengan keputusan yang kami dapat capai kerana kami dapat melestarikan budaya dan khazanah Melayu dan juga dapat mewakili sekolah saya," luah Andre' Luthfi, pelajar tahun satu NJC ketika ditemui BERITA Mediacorp.
Bagi kategori pantun pula, Sekolah Rendah Changkat dinobatkan juara, mengalahkan 11 sekolah yang lain.

"Kejayaan ini tidak disangka kerana peserta dari sekolah lain sangat hebat. Namun, kami yakin atas keunikan pantun kami dan persembahan kami yang baik. Kemenangan ini telah menjadi motivasi untuk terus berkarya dalam bahasa Melayu," ujar Adam Mifzal Syah, pelajar Darjah 6 Sekolah Rendah Changkat.
Sementara itu, Alysha Mohamed Hyder Bounaparte dari Sekolah Perempuan Raffles diumumkan pemenang kategori cerpen. Bagi kategori Puisi A (15–16 tahun), kemenangan pula berpihak kepada Sekolah Menengah Changkat Changi.
DR FAISHAL PUJI SOKONGAN GURU, IBU BAPA
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim, yang hadir sebagai tetamu terhormat mengalu-alukan inisiatif Bisikan Pena.
Beliau menyentuh tentang keberkesanan wadah Bisikan Pena untuk memupuk kemahiran asas dalam kalangan generasi muda dalam mempergiatkan bahasa, budaya dan kesuasteraan Melayu.
Dr Faishal turut memuji komitmen dan sokongan padu yang diberikan para guru dan ibu bapa terhadap peserta, sambil menyifatkannya sebagai penting dalam mencetus minat dan rasa cinta terhadap persuratan Melayu.
Beliau menyeru agar semua lapisan masyarakat terus berganding bahu dalam menyokong usaha-usaha seumpama ini demi memperkukuh dan memperkaya landskap kesusasteraan Melayu di sini.
Berikut adalah keputusan acara Bisikan Pena:
PANTUN
Juara: Sekolah Rendah Changkat
Hani Ellyana Khalib Hassan
Adam Mifzal Syah Indra Iskandar Syah
Nur Iman Hani Mohamad Nirhan
Muhammad Aqil Raden Sangga Buana
Naib Juara: Sekolah Rendah Telok Kurau
Nur Aqilah Nordin
Daniqa Huda Luqman Hakim
A’isyah Nasyi’tah Aden Firdaus
Hana Romiza Muhamad Reduan
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah Lakeside
Edzratul Putra Mohamad Arman
Halyza Arabelle Thomas
Irdina Nadhirah Muhammad Irewan
Muhammad Arshad Muhammad Adnan
Pemantun Harapan: Nur Aqilah Nordin (Sekolah Rendah Telok Kurau)
CERPEN
Tempat Pertama: Sekolah Perempuan Raffles– Alysha Mohamed Hyder Bounaparte
Tajuk: Di Sebalik Tembok
Tajuk: Impian Negara
BACA:
Tajuk: Sukan untuk Semua
Kategori A (15–16 Tahun)
Juara: Sekolah Menengah Changkat Changi
Hanan Falisha Fakhruddin
Nur Iqmal Yaqin Shaerul Nizam
Naila Khalisya Abdul Samad
Abdul Matin Abdullah
Naib Juara: Madrasah Aljunied Al-Islamiah
Laduna Nurilma Abdul Mutalib
Nadra Sofea Rozaini
Firyal Arissa Muhammad Khidir
Tufeil Hussain Zubair
Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Anderson
Oliver Joshua Christano
Rachelle Joyceline Putri Susanto
Muhammad Aiman Ibraheem Mouzzammil
Pemuisi Harapan Kat A: Nur Iqmal Yaqin Shaerul Nizam (Sekolah Menengah Changkat Changi)
Kategori B (17–22 Tahun)
Juara: Maktab Rendah Kebangsaan
Andre' Luthfi Reduan
Janice Sugiharto
Americh Kyle Minerva
Muhammad Muaz Abdul Hamid
Naib Juara: Maktab Rendah Tampines Meridian (Kumpulan 1)
Ryan Audy Yang Rashidi
Aisyah Mulyan
Dhini Izzati Bakhtiar Effendi
Zuhur Mohamad Nabil Baroudi
Tempat Ketiga: Raffles Institution
Fatih Hamdani
Grace Abigail Liu
Norfalisha Amelia
Pemuisi Harapan Kat B: Muhammad Shodiqin Jamal (Maktab Rendah Tampines Meridian Kumpulan 2)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.