200 belia Perdaus alu-alu ketibaan Ramadan dengan pengisian kerohanian, fizikal dan mental
Hampir 200 belia dari program pendidikan Perdaus dari peringkat menengah sehingga posmenengah menyertai program 'Tarheeb Ramadan' di Masjid Al-Khair pada Sabtu (9 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 200 belia dari program pendidikan Perdaus dari peringkat menengah sehingga posmenengah menyertai program 'Tarheeb Ramadan' di Masjid Al-Khair pada Sabtu (9 Mac).
Program tahunan itu diadakan bagi menyambut ketibaan bulan suci Ramadan, mempersiapkan mereka dengan pengisian merangkumi aspek kerohanian, fizikal dan mental.
Waris para belia itu dan juga kakitangan Perdaus turut mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan.
Demikian menurut kenyataan media Perdaus hari ini (12 Mac).
Selain perkongsian panduan tentang Fiqh Ramadan yang dibuat oleh salah seorang sukarelawan Perdaus, Ustazah Farzana Roslee, program itu turut menyorot tips-tips pemakanan sihat sepanjang bulan Ramadan agar ia dapat dimanfaatkan.
Selain itu, para pelajar juga mengerjakan Qiyamullail iaitu solat malam, dengan Ustaz Abdul Hadi Jamil sebagai imam.
Menurut Perdaus, ini adalah contoh praktikal dan latihan amali bagi para pelajar mempelajari tentang syarat-syarat solat malam dan solat sunat lain yang boleh dibuat di sepanjang malam.
Mudirah Madrasah Perdaus, Ustazah Farhana Abdul Hamid berkata: "Harapan kami adalah melalui program sebegini para pelajar didedahkan kepada ibadah yang kurang mereka kenali.
"Namun, setelah mereka laluinya sendiri dan merasakan kesannya kepada mereka, mereka dapat menghayatinya dengan lebih baik dalam masa-masa mendatang."
Presiden Perdaus, Encik Muhammad Hafiz Noorahman, yang turut hadir bersama, berkata: "Tentunya para belia ini akan menjadi pemimpin kita pada suatu masa nanti. Lantas, amat penting sekali bagi pemimpin Melayu/Islam kita dipupukkan dengan nilai dan ilmu ibadah yang praktikal sejak usia muda agar mereka terus menjadi pemimpin yang berwibawa, dilindungi dan diberkati Allah."
Selain Tarheeb Ramadan, Perdaus akan menganjurkan program "Ihya' Ramadan" di mana para belia Perdaus akan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengagihkan habuan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah.
Sempena ulang tahunnya yang ke-60, Perdaus juga menjalankan usaha kutipan dana S$60,000 untuk menjayakan kempen tersebut.
Mereka yang ingin menderma boleh kunjungi laman ini http://swiy.co/ihya.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.