Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

200 atlit Akademi Bola Sepak Sekolah sertai perlawanan persahabatan di Stadium Negara

Anggaran Waktu Membaca:
200 atlit Akademi Bola Sepak Sekolah sertai perlawanan persahabatan di Stadium Negara

Gambar: Unleash The Roar/Andrew Ho

Diterbitkan : 28 Jan 2023 06:22PM Dikemas Kini : 29 Jan 2023 09:44PM

SINGAPURA: Projek nasional Unleash the Roar! anjuran Akademi Bola Sepak Sekolah (SFA) memulakan tahun baru dengan acara besar-besaran pada Sabtu (28 Jan).

Kira-kira 200 atlit pelatih daripada program SFA, yang dijalankan di 12 sekolah, berpeluang merasakan keseronokan bermain di Stadium Negara dalam perlawanan antara sekolah-sekolah SFA. Perlawanan lapan lawan lapan itu diadakan buat julung-julung kalinya.

Sekolah Perempuan Methodhist dan Sekolah Menengah Woodlands yang baru sahaja menyertai program SFA itu turut beraksi hari ini.


"Ia satu pendedahan yang bagus bagi kami kerana ia merupakan kali pertama kami bermain di Stadium Negara dan ia pengalaman yang menarik; kami seronok. Kami pelajari bahawa biar apapun berlaku dalam perlawanan, kami harus percayai prosesnya dan terus melakukan yang terbaik," kata Khairufatin Suyasri, pelajar menengah empat dari Sekolah Menengah Woodlands, yang mempercayai bahawa pengalaman ini dapat mempersiapkan pasukannya bagi Perlawanan Nasional Sekolah (NSG) kelak.

Di luar padang, para pengunjung acara itu dapat menikmati pelbagai kegiatan, makanan dan minuman. Ini termasuk lawatan eksklusif ke bilik persalinan di Stadium Singapura dan gerai sains sukan dengan ujian ketangkasan untuk semua.

SFA dilancarkan pada 2022 untuk menjadi platform utama menghasilkan pemain bola sepak yang berbakat dengan lebih banyak latihan dan menggunakan sains sukan dalam sesi latihan.

Program Unleash The Roar bertujuan untuk menyatukan rakyat Singapura menerusi sukan dengan meningkatkan prestasi pemain bola sepak di Singapura dan menciptakan peluang bagi pemain muda untuk mencapai tahap kecemerlangan paling tertinggi.

Projek tersebut yang diketuai SportSG dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) lapan tunjang pelaksanaan dari memupuk minat dalam pemuda, memperkembangkan pelbagai laluan dan meningkatkan prestasi pemain di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan