Muncul kes baru, Korea Selatan berdepan gelombang kedua penularan COVID-19
Korea Selatan sedang menghadapi tahap kritikal untuk menangani kemungkinan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19, sedang kes jangkitan baru meningkat.
Dua orang wanita berjalan di Seoul, Korea Selatan di tengah penularan COVID-19 (Gambar fail: REUTERS/Kim Hong-ji)
SEOUL: Korea Selatan sedang menghadapi tahap kritikal untuk menangani kemungkinan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19, sedang kes jangkitan baru meningkat.
35 kes jangkitan baru dilaporkan iaitu buat hari kedua berturut-turut, jumlah jangkitan melonjak dan yang tertinggi dalam masa lebih sebulan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 10,900 kes.
Jumlah kematian tidak berubah, iaitu 256.
Setakat ini 85 kes jangkitan baru dikaitkan dengan bar dan kelab malam di daerah Itaewon, ibu kota Seoul.
Pihak berkuasa sedang menjejaki beribu-ribu orang yang mungkin telah ke kelab-kelab malam dan bar supaya tampil menjalani ujian COVID-19.
Mereka yang gagal berbuat demikian boleh didenda sekitar AS$1,600 (S$2,265).
Pihak berkuasa sudah menutup sementara semua pusat hiburan malam di Seoul dan wilayah jirannya Gyeonggi, buat sementara waktu.
Ini setelah seorang lelaki berusia 29 tahun mengunjungi lima kelab malam dan bar di Seoul sebelum diuji positif bagi virus tersebut.
Lonjakan pada kes jangkitan berlaku sedang pemerintah Seoul mula melonggarkan langkah-langkah sekatan termasuk membuka semula sekolah-sekolah dan perniagaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.