Skip to main content

AS mula beri vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak 5-11 tahun

Amerika Syarikat mula memberikan vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak berumur antara lima dengan 11 tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
AS mula beri vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak 5-11 tahun

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)

Diterbitkan : 04 Nov 2021 11:10AM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 11:12AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat mula memberikan vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak berumur antara lima dengan 11 tahun.

Presiden Joe Biden menyifatkannya sebagai 'hari yang baik' dalam usaha memerangi pandemik.

Hanya jumlah terhad daripada 15 juta suntikan dos pertama yang diedarkan akan tersedia hari ini (4 Nov).

Lebih banyak vaksin mungkin dapat diberikan pada minggu depan.

Kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun akan menerima satu pertiga daripada dos yang diberikan kepada orang dewasa.

Suntikan 10 mikrogram dos vaksin Pfizer-BioNTech yang diluluskan bagi kanak-kanak sekolah menawarkan mereka perlindungan terhadap varian Delta yang menyebabkan beribu-ribu budak dimasukkan ke hospital pediatrik.

Vaksin itu, terbukti mempunyai keberkesanan 90 peratus dalam mencegah jangkitan bergejala dalam kalangan kanak-kanak, adalah satu langkah untuk mengurangkan kuarantin atau penutupan sekolah dan lebih banyak kegiatan normal serta kebebasan bagi kumpulan usia tersebut.

Namun, satu tinjauan oleh Yayasan Keluarga Kaiser mendapati kurang sepertiga daripada ibu bapa merancang untuk memberi vaksin kepada anak-anak mereka dengan segera.

Pakar kesihatan awam bimbang tentang salah maklumat yang disebarkan bila vaksin diberikan.

Walaupun sekitar 58 peratus warga Amerika sudah lengkap divaksin, sekitar 28 juta kanak-kanak berusia bawah 12 tahun masih belum layak divaksinasi sehingga kini.

Menurut Reuters, sejauh ini, hanya suntikan dos vaksin Pfizer diluluskan bagi penggunaan di Amerika Syarikat buat individu yang berusia bawah 16 tahun.

Moderna menangguhkan permintaannya untuk mendapatkan kelulusan bagi vaksinnya buat kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun. Syarikat itu sedang menantikan satu semakan FDA ke atas data keselamatan berkaitan permohonannya untuk budak berusia antara 12 dengan 17 tahun.  

Sumber : Reuters/EM/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita