Skip to main content

Iklan

Iklan

Muhammadiyah hulur bantuan keperluan Raya kepada 500 keluarga memerlukan

Persatuan Muhammadiyah mengagihkan bantuan makanan dan kewangan kepada 500 keluarga memerlukan bernilai S$80,000 hari ini (15 Mei) dan esok.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persatuan Muhammadiyah mengagihkan bantuan makanan dan kewangan kepada 500 keluarga memerlukan bernilai S$80,000 hari ini (15 Mei) dan esok.

Ini bagi membantu perbelanjaan mereka untuk sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.

Golongan yang dibantu termasuk mereka yang tidak bekerja akibat penyakit yang dialami, ibu bapa tunggal atau warga emas yang terdiri daripada para penerima bantuan zakat Muhammadiyah.

Mereka membentuk satu perempat daripada para penerima bantuan zakat Muhammadiyah di bawah asnaf fakir miskin.

(Gambar: Persatuan Muhammadiyah)

Hamper bantuan yang diagihkan termasuk barangan seperti beras, kuih Raya, minyak masak, ketupat segera, kopi, mi segera, minuman ringan dan wang tunai.

Setiausaha Umum Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim berkata: "Kami berharap bantuan kami ini dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan mereka dalam menyambut Syawal, dapat hidangkan juadah berbuka bersama keluarga dan juga juadah Hari Raya.

"Kami harap dengan barang-barang tersebut, mereka dapat menghidupkan suasana hari raya di rumah mereka."

GABUNGAN USAHA PELBAGAI PIHAK

Usaha murni itu disokong kumpulan anggota Zon Tengah Muhammadiyah serta kumpulan relawan dan rakan syarikat.

Ini termasuk para penderma korporat yang terdiri daripada Aziz Goreng Pisang Salai, Chong Aik International, Straits Bunkering dan Super Penyet Singapore.

(Gambar: Persatuan Muhammadiyah)

Kumpulan-kumpulan relawan seperti FC Forty2C, penghantar makanan dari Deliveroo, foodpanda dan GrabFood turut menghulurkan bantuan dalam menjayakan usaha tersebut.

"Tanggungjawab sosial kami adalah memastikan keselamatan sukarelawan dan juga penerima habuan kami. Kami telah mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa mengenai cara yang terbaik dan sesuai untuk kami laksanakan pengagihan ini. Kami juga harus bekerja dengan jumlah sukarelawan yang terbatas yang telah diperuntukkan," kata Cik Roszanah.

(Gambar: Persatuan Muhammadiyah)

Di sebalik cabaran COVID-19 dan ekonomi lebih muram, Muhammadiyah berbesar hati habuan yang diagihkan tahun ini lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Ini kerana sokongan daripada masyarakat yang telah membantu kami dan kami juga dapat memberi penghantaran kepada 500 keluarga dalam masa dua hari, manakala pada tahun-tahun sudah kami hanya menghantar kepada mereka yang sukar untuk bergerak," jelas beliau lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan