Skip to main content

Iklan

Iklan

Msia catat 17,786 kes baru COVID-19, sekali lagi rekod tertinggi

Kes baru COVID-19 melonjak kepada 17,786 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Msia catat 17,786 kes baru COVID-19, sekali lagi rekod tertinggi

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Jul 2021 05:50PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 05:52PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 melonjak kepada 17,786 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,113,272.

Pada 28 Julai Malaysia merekodkan 17,405 kes jangkitan baru wabak itu.

Daripada jumlah kes baru hari ini, Selangor mencatatkan kes baru tertinggi dengan 6,400 diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144), Sabah (1,035) dan Negeri Sembilan (929).

Terengganu pula mencatatkan 883 kes diikuti Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), Sarawak (485), Putrajaya (116), Perlis (16) dan Labuan (sembilan). 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan