Skip to main content

MPH derma 600 buku cerita kepada keluarga memerlukan, sokong kempen Ramadan

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi, MPH Bookstores, Encik Abdul Rahim Awang datang membawa pelbagai buku cerita untuk kanak-kanak itu.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebagai menyokong Kempen Ramadan MENDAKI yang bertemakan 'Raikan Ilmu', MPH mendermakan 600 buku cerita untuk dibahagikan kepada para penerima bantuan badan itu, serta kanak-kanak dari keluarga bergaji rendah.

Kanak-kanak tadika di Masjid Al-Muttaqin menerima kunjungan istimewa pagi tadi (30 Jun).

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi, MPH Bookstores, Encik Abdul Rahim Awang datang membawa pelbagai buku cerita untuk kanak-kanak itu.

Malah, kanak-kanak berkenaan juga sempat menikmati sesi bercerita oleh Dr Yaacob sendiri.

Semasa pelancaran Kempen Ramadan MENDAKI awal bulan ini, Dr Yaacob menggesa orang ramai agar turut serta dalam usaha badan itu bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya membaca di kalangan golongan muda.

Dr Yaacob berkata: "Ini tidak boleh dijalankan oleh MENDAKI sahaja, MENDAKI harus bekerjasama dengan badan-badan yang tertentu. Dan pada pagi ini, Alhamdulilah, MPH tampil ke hadapan untuk menjadi penderma yang pertama untuk bekerjasama dengan MENDAKI, memberikan buku-buku kepada anak-anak kita.

"Jadi pada hari ini, Alhamdulilah, buku yang kita dapat daripada MPH, kita berikan kepada mereka yang menjalankan tadika di Masjid Al-Muttaqin dan juga Masjid Al-Ansar.

"Saya harap dengan permulaan ini, insya Allah lebih banyak akan tampil ke hadapan untuk bekerjasama dengan pihak MENDAKI untuk menyebarkan peluang-peluang bagi semua anak-anak kita, terutama sekali mereka dari golongan yang berpendapatan rendah."

"Ini adalah peluang yang baik untuk syarikat-syarikat seperti MPH, dapat bekerjasama dengan badan-badan seperti masjid-masjid dan MENDAKI, untuk membantu anak-anak Melayu dari segi pembacaan.

"Lebih elok bermula dari awal, jadi bagi kanak-kanak yang kita lihat pada hari ini, kalau kita mula dari awal, kita memupuk semangat membaca dan cinta kepada ilmu. Dari segi cerita-cerita, ia akan terus meningkatkan imaginasi mereka, itu yang penting," ujar Ketua Pegawai Operasi Abdul Rahim Awang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita