Skip to main content

Iklan

Iklan

MOM tarik balik pas kerja setelah pemegang pas langgar peraturan 'circuit breaker'

 Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menarik balik pas kerja seorang pemegang pas dan melarangnya bekerja di Singapura buat selamanya, setelah dia melanggar langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 atau 'circuit breaker'.

Anggaran Waktu Membaca:
MOM tarik balik pas kerja setelah pemegang pas langgar peraturan 'circuit breaker'

Bangunan Kementerian Tenaga Manusia.

Diterbitkan : 12 Apr 2020 10:08PM Dikemas Kini : 12 Apr 2020 10:11PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menarik balik pas kerja seorang pemegang pas dan melarangnya bekerja di Singapura buat selamanya, setelah dia melanggar langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 atau 'circuit breaker'.

Siasatan menunjukkan bahawa lelaki itu, yang bekerja di firma yang dianggap sektor penting, menamatkan kerja pada malam 9 Apr tetapi tidak pulang ke rumah dengan serta merta setelah menghabiskan makanannya, menurut MOM dalam satu kenyataan pada Ahad (12 Apr).

"Dia terus bersiar-siar di beberapa tempat buat masa yang agak lama sebelum pulang ke rumahnya pada 10 Apr," menurut kementerian itu.

"Ini jelas satu pelanggaran terhadap langkah pemutus rantaian jangkitan."

Dari 10 Apr hingga 12 Apr, para pegawai dari pelbagai agensi Pemerintah sudah mengeluarkan sebanyak 39 denda terhadap para pemegang pas kerja yang melanggar langkah pemutus rantaian jangkitan, menurut MOM.

MOM juga mengingati para pekerja dan majikan bahawa mereka berkongsi tangggungjawab bersama dalam mematuhi langkah jarak selamat semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini.

"Undang-undang ini penting untuk kesihatan dan keselamatan setiap individu dan masyarakat," menurut MOM. "Ia bukan satu alasan untuk mengatakan bahawa seorang tidak tahu syarat-syarat itu, dan MOM tidak teragak-agak untuk mendenda para individu yang degil dan melanggar peraturan."

Minggu lalu, Singapura memperkenalkan langkah jarak selamat yang dipertingkat dalam usaha mengekang COVID-19.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan