Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid kata BN tidak digantung, Annuar dakwa komen dipetik luar konteks

Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menafikan gabungan politik itu digantung buat sementara.

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid kata BN tidak digantung, Annuar dakwa komen dipetik luar konteks

Seorang lelaki berjalan di hadapan bendera Barisan Nasional. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 01:32PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 01:44PM

KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menafikan gabungan politik itu digantung buat sementara.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Malaysiakini, artikel berita yang mendakwa sedemikian adalah "tidak benar".

Timbalannya, Mohamad Hasan, ketika dihubungi juga berkata BN dan UMNO tidak pernah membincangkan perkara itu kerana "tiada keperluan" untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Presiden MIC SA Vigneswaran ditukil oleh Malaysiakini sebagai berkata bahawa beliau tidak tahu tentang sebarang langkah untuk menggantung BN.

Mereka mengulas laporan The Malaysian Insight yang bertajuk "BN digantung sementara, kata UMNO".

Artikel itu memetik Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa, sebagai berkata: "BN pada masa ini perlu digantung untuk sementara waktu. Biar kita cuba pendekatan baru."

Ketika dihubungi, Encik Annuar berkata kenyataannya itu dipetik di luar konteks.

"Tidak pernah ada keputusan untuk gantung BN...Saya hanya setiausaha agung UMNO, apa kuasa saya untuk bercakap tentang BN?" katanya kepada Malaysiakini.

Ketika wawancara itu, katanya, beliau ditanya berhubung rancangan MCA untuk menggunakan logo sendiri pada pilihan raya kecil Balakong dan beliau berkata ia boleh dipertimbangkan.

"Kemudian timbul soal BN. Saya kata BN seperti biasa (dan saya cadangkan) ia digantung buat sementara," katanya lagi.

Tajuk artikel itu sudah dikemaskini kepada "BN perlu digantung sementara, kata UMNO."

Gabungan politik yang memerintah negara selama 61 tahun itu dalam keadaan terumbang-ambing selepas tewas di tangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14.

Parti komponen di Sarawak sudah keluar dan menubuhkan gabungan sendiri pada Jun lalu, sementara GERAKAN mengambil langkah sama tidak lama selepas itu.

BN kini dianggotai tiga parti yang mengasaskannya iaitu UMNO, MCA dan MIC. 51 daripada 54 kerusi parlimen mereka adalah daripada UMNO.

Malah MCA juga merancang untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya kecil Balakong dan bukannya logo dacing seperti kelazimannya.

Sumber : Agensi berita/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan