Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid Hamidi dijangka hadapi lebih 40 pertuduhan

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi lebih 40 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan dana yayasan berjumlah RM80 juta (S$26.5 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid Hamidi dijangka hadapi lebih 40 pertuduhan

Gambar fail Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat ucapan di sebuah forum. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2018 09:06AM Dikemas Kini : 19 Oct 2018 09:48AM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi lebih 40 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan dana yayasan berjumlah RM80 juta (S$26.5 juta).

Menurut senarai penyebab mahkamah, kes mantan timbalan perdana menteri Malaysia itu akan disebutkan di hadapan panel hakim Mahkamah Sesyen.

Encik Ahmad Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datuk, akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 (AMLATFAPUAA) dan pecah amanah jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Encik Ahmad Zahid akan diwakili oleh sebuah pasukan peguam yang diketuai oleh Hisyam Teh Poh Teik manakala Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Gopal Sri Ram, yang dilantik sebagai ketua DPP, akan mengetuai pasukan pendakwa.

Kumpulan wartawan sudah berkumpul di kompleks mahkamah seawal 6.30 pagi dan mereka beratur dalam dua barisan untuk pendaftaran masuk ke bilik mahkamah dan bilik video.

Encik Zahid pula dilaporkan tiba di kompleks mahkamah pada sekitar 8.15 pagi ini (19 Okt).

Mahkamah menyediakan 21 pas untuk wartawan tempatan dan asing untuk memasuki ruang mahkamah dan 40 pas untuk wartawan mengikuti prosiding berkenaan menerusi video.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan