Images
  • ahmad zahid
    Gambar fail Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Zahid Hamidi beri keterangan selama 8 jam kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Selepas memberi keterangan selama lebih 8 jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (10 Okt), Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi akan kembali ke sana sekali lagi untuk melakukan demikian sekali lagi esok (11 Okt).

Encik Ahmad Zahid dilaporkan disoal berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Akal Budi yang mempunyai kaitan rapat dengan keluarga beliau.

Seorang anak perempuan dan seorang anak tiri beliau turut dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini (10 Okt).

Encik Ahmad Zahid ialah pengerusi yayasan tersebut, yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja amal.

Beliau disyaki menggunakan wang yayasan itu berjumlah RM800,000 (S$266,200) bagi membayar bil kad kredit beliau dan isterinya.

Bagaimanapun, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu berkata bahawa seorang pembantunya membuat kesilapan menggunakan buku cek yang salah bagi membuat pembayaran kad kredit tersebut.

Encik Ahmad Zahid juga berkata beliau sudah membayar semula wang yayasan tersebut dengan menggunakan wangnya sendiri pada tahun 2016.

Beliau sebelum ini dipanggil sebanyak dua kali untuk memberi keterangan kepada SPRM. 

- Agensi berita/MU/ai

Top