Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Zahid enggan lepas jawatan meski amaran 'gelombang ketiga' keluar UMNO

Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak akan melepaskan jawatan meskipun didesak. Malah, beliau menyatakan bahawa "hanya perhimpunan UMNO yang boleh menyingkirkannya".

Anggaran Waktu Membaca:
Zahid enggan lepas jawatan meski amaran 'gelombang ketiga' keluar UMNO

Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 03:03PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 03:05PM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak akan melepaskan jawatan meskipun didesak. Malah, beliau menyatakan bahawa "hanya perhimpunan UMNO yang boleh menyingkirkannya".

“Dulu desakan bercuti. Sekarang desakan letak jawatan. Yang boleh melucutkan jawatan saya hanyalah perhimpunan agung UMNO sahaja.

“Ia mestilah dihadiri oleh dua pertiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan yang lalu,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini (15 Dis).

Antara yang mendesaknya supaya melepaskan jawatan termasuk Pemuda UMNO Alor Setar dan Pemuda UMNO Sabah. Desakan itu menyusuli pengumuman sejumlah pemimpin dan wakil rakyat UMNO untuk keluar daripada parti. Mereka memilih menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan.

Bekas ketua pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula bersetuju dengan cadangan agar pemilihan semula diadakan segera, lapor Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Zahid berkata terpulang kepada ibu pejabat UMNO sama ada untuk mengadakan perhimpunan agung atau tidak.

"(Dan) perlu dua pertiga daripada seluruh perwakilan. Awak tahu perwakilan ada berapa? 146,000 perwakilan. Itulah jumlahnya. Kena ada dua pertiga yang desak,” katanya lagi seperti dilaporkan Sinar Harian.

Semalam (14 Dis), bekas menteri Hamzah Zainuddin - salah seorang anggota parlimen yang keluar UMNO - mendakwa seramai 36 anggota parlimen BN sudah menandatangani surat sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mendakwa akan berlaku "gelombang ketiga" keluar UMNO jika Dr Ahmad Zahid tetap enggan melepaskan jawatannya.

Diminta mengulas perkara itu, Dr Ahmad Zahid berkata Encik Hamzah sudah tiada hak untuk bercakap mengenai UMNO.

“Dia dah keluar UMNO kan? Bila dia dah keluar UMNO dia tidak boleh bercakap bagi pihak UMNO,” katanya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan