Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wira Tham Luang dapat penerbangan percuma seumur hidup

"Kami amat lega dapat mengeluarkan mereka semua dengan selamat," kata Mallinson sambil berharap mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Wira Tham Luang dapat penerbangan percuma seumur hidup

Menteri Pengangkutan, Arkhom Termpittayapaisith. (Gambar: Sonny Tumbelaka/AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 11:25AM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 11:43AM

BANGKOK: Dua penyelam Britain yang menjumpai dan terlibat dalam operasi menyelamat 12 pemain pasukan bola sepak 'Wild Boars' dan jurulatih mereka yang terperangkap lebih dua minggu dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, diberi penghormatan oleh pihak berkuasa Thailand, menurut petikan laporan Astro Awani.

Encik Jason Mallinson, 50 tahun, dan Encik John Volanthen, 47 tahun, yang jelas kepenatan, tiba di lapangan terbang Bangkok malam tadi, disambut tepuk sorak orang ramai yang mengucapkan terima kasih atas jasa mereka menyelamatkan mangsa.

"Kami amat lega dapat mengeluarkan mereka semua dengan selamat," kata Mallinson sambil berharap mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Menurut Astro Awani, sekumpulan menteri kerajaan diketuai Menteri Pengangkutan, Arkhom Termpittayapaisith, turut hadir bagi menyampaikan sijil penghargaan dan pingat kepada kedua-dua penyelam berkenaan.

"Ini sebagai tanda penghargaan kami, Perdana Menteri meminta kami menyampaikannya kepada anda," katanya, seperti ditukil Astro Awani.

''Terima kasih atas usaha anda berdua, ia merupakan misi yang hebat dan kami sangat menghargainya."

"Anda berdua sentiasa dialu-alukan di sini, bila-bila masa, anda mempunyai ramai teman di sini," ujar Arkhom sambil menambah penghargaan tersebut juga termasuk penerbangan percuma seumur hidup ke Thailand buat dua wira Tham Luang berkenaan.

Sumber : Agensi berita/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan