Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga Palestin maut dalam pertempuran dengan tentera Israel

Seorang warga Palestin maut semasa bertempur dengan tentera Israel di bahagian utara Tebing Barat lewat semalam (17 Jan), menurut kementerian kesihatan Palestin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Palestin maut dalam pertempuran dengan tentera Israel

Sebuah bandar di Tebing Barat. (Gambar: HAZEM BADER/AFP)

RAMALLAH: Seorang warga Palestin maut semasa bertempur dengan tentera Israel di bahagian utara Tebing Barat lewat semalam (17 Jan), menurut kementerian kesihatan Palestin.

Tentera Israel memasuki bandar Jenin di Palestin pada lewat Rabu, menurut seorang saksi, di mana pertempuran ganas berlaku dan "sebilangan orang cedera", menurut polis Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Ahmed Jarrar, 22 tahun.

Sekurang-kurangnya dua warga Palestin diberkas, dan pertempuran berlarutan sehingga awal pagi tadi, menurut seorang saksi.

Video-video yang dimuat naik penduduk Palestin menunjukkan beberapa kenderaan berperisai Israel memasuki bandar tersebut.

Media Israel menyatakan bahawa serbuan itu mungkin ada kaitan dengan pembunuhan seorang rabbi di Tebing Barat minggu lalu.

Raziel Shevah, seorang rabbi berusia 35 tahun, ditembak mati dekat kawasan perumahan Yahudi di mana beliau menetap berdekatan Nablus pada 9 Januari oleh para penyerang yang tidak dikenali.  

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan