Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga M'sia pinjam RM37 juta untuk berhari Raya

Rakyat Malaysia yang mahu bermewah-mewahan menyambut Hari Raya sanggup meminjam sekitar RM37.5 juta (S$12.7 juta), menurut laporan Kosmo! yang ditukil The Star.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga M'sia pinjam RM37 juta untuk berhari Raya

Gambar: daku-amat.blogspot.com

Diterbitkan : 19 Jun 2018 11:00PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 11:19PM

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang mahu bermewah-mewahan menyambut Hari Raya sanggup meminjam sekitar RM37.5 juta (S$12.7 juta), menurut laporan Kosmo! yang ditukil The Star.

Timbalan presiden Persatuan Peminjam Wang Berlesen Punjabi Malaysia Amrinderjit Singh berkata, lebih daripada 7,500 pinjaman dikeluarkan pada musim perayaan ini. Pinjaman ini diberikan oleh 1,500 pemberi pinjaman yang juga anggota persatuan tersebut.

"Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi, kerana ada sekitar 3,000 syarikat pemberi pinjaman wang di negara ini," Encik Amrinderjit berkongsi kepada Kosmo!

Beliau ditukil oleh laporan The Star sebagai berkata nilai purata pinjaman adalah RM5,000 (S$1,690) namun ada juga yang meminjam dua kali ganda lebih banyak.

Tambah beliau lagi, ada yang meminjam untuk membeli motosikal atau kereta baru.

The Star turut melaporkan, Encik Amrinderjit berkata bahawa setiap pemberi pinjaman akan menerima secara purata lima pelanggan baru pada musim perayaan.

Sumber : Agensi berita/TQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan