Warga Jepun ditahan di Korea Utara
Ia menukil salah satu sumber yang menyatakan bahawa Korea Utara mungkin menggunakannya sebagai alat permainan politik bagi sebarang perbincangan diplomatik kelak nanti.
TOKYO: Seorang warga Jepun ditahan di Korea Utara dan para pegawai pemerintah sedang mencuba untuk mengumpulkan maklumat tentang keselamatannya, menurut Asahi Shimbun pada Sabtu (11 Ogos).
Menurut laporan tersebut, menukil beberapa sumber pemerintah, menyatakan bahawa maklumat-maklumat berkenaan penahanan lelaki pertengahan usia itu tidak jelas, dan beliau mungkin disyaki seorang ejen risikan.
Ia menukil salah satu sumber yang menyatakan bahawa Korea Utara mungkin menggunakannya sebagai alat permainan politik bagi sebarang perbincangan diplomatik kelak nanti.
Reuters cuba menghubungi para pegawai pemerintah tetapi gagal.
Selain menggesa Korea Utara untuk melucutkan senjata nuklear dan program-program pelurunya, Jepun juga meminta supaya warga-warga Jepun yang diculik semasa tahun-tahun 1970-an dan 1980-an dibenarkan pulang.
Menurut Jepun, ia tidak akan memberikan sebarang bantuan kewangan kepada Pyongyang sehingga isu tersebut selesai dan hubungan diplomatik biasa sudah ditubuhkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.