Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas maut dalam kemalangan bas ekspres di Terminal Larkin, JB

Seorang wanita warga emas maut selepas digilis sebuah bas ekspres di Terminal Bas Larkin Sentral di Johor Bahru, pada tengah hari Jumaat (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas maut dalam kemalangan bas ekspres di Terminal Larkin, JB

Detik-detik sebelum wanita dilanggar bas di Terminal Bas Larkin (Petikan video: Muhammad Nor Mohideen/Facebook)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 11:39AM Dikemas Kini : 20 Oct 2018 11:48AM

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas maut selepas digilis sebuah bas ekspres di Terminal Bas Larkin Sentral di Johor Bahru, pada tengah hari Jumaat (20 Okt).

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata mangsa Er Shok Siew, 80, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 7.50 malam ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Dalam kejadian 1.00 tengah hari itu, mangsa terlibat dalam kemalangan di mana kedua-dua kaki digilis sebuah bas ekspres di terminal terbabit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

ACP Shahurinain berkata pemandu bas berusia 61 tahun itu akan ditahan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, gambar dan video berdurasi 26 saat yang menunjukkan seorang wanita cuba melintas dalam kawasan terminal sebelum digilis sebuah bas ekspres tular di media sosial.

Dalam kenyataan berasingan, Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir berkata pihaknya sudah meminta pihak pengurusan terminal untuk mengemukakan laporan segera berhubung kejadian terbabit.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan