Warga Bangladesh singsing lengan bantu 'saudara Islam' Rohingya
Sekitar 370,000 pelarian membanjiri Bangladesh dalam masa dua minggu setengah selepas melarikan diri dari Myanmar.
TEKNAF: Sajeed Hassan meluangkan masa cuti sekolahnya dengan menjadi sukarelawan di dapur yang menyediakan hidangan kepada para pelarian Rohingya.
Beliau menyertai warga Bangladesh dalam agensi-agensi bantuan yang berdepan dengan kesukaran menangani keadaan di sana.
Sekitar 370,000 pelarian membanjiri Bangladesh dalam masa dua minggu setengah selepas melarikan diri dari Myanmar, sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha dan golongan minoriti Rohingya Muslim mengalami penindasan sejak berdekad-dekad lamanya.
Agensi-agensi bantuan memberi amaran terhadap krisis kemanusiaan yang bakal berlaku di Bangladesh, yang masih sedang pulih daripada bencana banjir yang dahsyat.
Namun warga negara itu menyingsing lengan untuk membantu "saudara Islam" mereka.
"Mereka beragama Islam dan datang dari negara lain. Itulah sebabnya mengapa kami membantu," kata Sajeed, 12 tahun, kepada AFP.
"Mereka datang dari jauh dan dalam kesusahan."
Etnik Rohingya mempunyai hubungan berkurun-kurun lamanya di wilayah Chittagong di sempadan Bangladesh dan gambar-gambar di media sosial dipercayai menunjukkan penderaan yang dialami golongan minoriti Muslim tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.