Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita yang tahan kereta api dari bergerak di China didenda, mohon maaf

Seorang wanita di bahagian timur China, yang menyebabkan kelengahan sebuah kereta api laju kerana suaminya terlewat dikenakan denda 2,000 yuan (S$410) pada Rabu (10 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita yang tahan kereta api dari bergerak di China didenda, mohon maaf

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 13 Jan 2018 08:01AM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 08:03AM

HEFEI, ANHUI: Seorang wanita di bahagian timur China, yang menyebabkan kelengahan sebuah kereta api laju kerana suaminya terlewat dikenakan denda 2,000 yuan (S$410) pada Rabu (10 Jan).

Sina News melaporkan bahawa Luo Haili didapati "menahan dan menyekat pengangkutan kereta api secara tidak sah". Ini melanggar Peraturan Pengurusan Keselamatan Kereta Api di China. Denda yang dikenakan ke atas wanita berkenaan adalah jumlah maksimum.

Luo juga mengeluarkan permohonan maaf.

"Saya tidak berfikir dengan jelas pada waktu itu. Apa yang bermain dalam benak fikiran saya adalah supaya mereka (kakitangan kereta api) membenarkan suami saya segera turun dan kami sekeluarga (tiga anggota) boleh cepat sampai ke Guangzhou kerana kami ada urusan penting," kata Luo, seperti yang dipetik Sina News.

"Kepada semua penumpang lain, kakitangan kereta api dan warga siber, saya meminta maaf atas sikap agresif saya. Saya berharap semua orang dapat memaafkan saya."

Luo, yang ketika itu (5 Jan) bersama anak perempuannya, menghalang kereta api daripada bergerak kerana beliau sedang menunggu suaminya.

Pada awalnya, mereka sekeluarga berada di stesen yang salah. Pasangan ibu dan anak perempuan itu sampai ke platform tepat pada masanya sebelum kereta api bergerak. Suaminya bagaimanapun masih tersekat di pintu masuk tiket.

Video-video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan wanita itu menahan pintu kereta api untuk menghalangnya daripada ditutup.

Menerusi video itu juga, Luo boleh didengar berkata: "Suami saya masih di pintu masuk tiket, saya akan beredar apabila dia tiba."

Percubaan untuk menarik wanita itu keluar dari kereta api gagal.

Dia akhirnya berjaya menaiki kereta api itu bersama keluarganya selepas beberapa minit.

Menurut laporan South China Morning Post, Luo digantung sementara daripada tugasnya sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Hefei.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan