Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita warga India ditahan kerana tinggalkan mayat bayi dalam pesawat

Menurut BBC, Air Asia India mengeluarkan kenyataan maaf kepada "para penumpang yang mengalami gangguan dalam jadual penerbangan mereka".

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita warga India ditahan kerana tinggalkan mayat bayi dalam pesawat

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 10:37PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:44PM

INDIA: Seorang wanita warga India ditahan selepas mayat seorang bayi dijumpai di sebuah pesawat domestik yang sedang dalam perjalanan dari Guwahati di utara-timur India ke ibu kota Delhi.

Anak kapal syarikat penerbangan Air Asia menjumpai mayat bayi itu beberapa minit sebelum kapal terbang tersebut sepatutnya mendarat pada hari Khamis (26 Jul), menurut BBC.

Mereka menyoal kesemua penumpang wanita yang berada di pesawat dan seorang wanita berusia 19 tahun mengaku melahirkan bayi tersebut di pesawat itu.

Para pegawai polis memberitahu BBC bahawa wanita itu mengatakan bahawa dia tidak tahu dia sedang mengandung.

Polis trafik sudah memfailkan kes dan sedang menyiasat perkara itu, tambah mereka.

"Dia melahirkan bayi tujuh setengah bulan di dalam tandas pesawat dan meninggalkannya di lantai," kata pegawai kanan polis, Sanjay Bhatia kepada BBC.

Beliau menambah bahawa polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

Menurut BBC, Air Asia India mengeluarkan kenyataan maaf kepada "para penumpang yang mengalami gangguan dalam jadual penerbangan mereka".

"Kami akan membantu dalam siasatan dan bekerjasama dengan semua agensi berkenaan," menurut kenyataan itu.

Polis sedang cuba menghubungi keluarga wanita tersebut di Assam, lapor BBC lagi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan