Images
  • snip 1
    Petikan gambar dari video yang tular di media sosial. 

Wanita 'tersendat' dalam tab mandi selama 5 hari

CHESANING: Siapa sangka seseorang boleh terperangkap dalam tab mandi sendiri. Namun, itulah yang menimpa seorang wanita 54 tahun yang hidup sebatang kara.

Menurut WJRT-TV, Cik Alison ketika itu mandi dan duduk dalam tab mandinya seperti biasa. Malangnya, semasa berlaku insiden, beliau tidak dapat mencapai besi yang sering dipegangnya bagi membantunya untuk bangun.

Sepanjang beliau 'terperangkap' selama lima hari, Cik Alison terpaksa minum air daripada paip air. Bagi memastikan dirinya tidak kesejukan, beliau akan menggunakan air panas dari paip yang sama.

Beliau "hanya duduk di situ" sementara menunggu seseorang menyelamatkannya, lapor WJRT-TV.


Mujur, seorang posmen menyedari surat-surat yang dikirimnya bertimbun. Dari situlah, para jiran menyedari Cik Alison berdepan dengan masalah sehingga mereka memutuskan untuk 'menggegar pintu' Cik Alison.

Mereka memekik-mekik namanya.

Laman MLive.com difahamkan, pihak polis terpaksa memanjat masuk menerusi sebuah jendela bagi membantunya.

Cik Alison terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari tetapi keadaannya kini stabil.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top