Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita S'pura meninggal dunia dalam nahas bas ke Genting Highlands

Seorang wanita rakyat Singapura meninggal dunia pada Jumaat (7 Dis) selepas sebuah bas yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke Genting Highlands di Malaysia, menurut laporan media negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 05:58PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:30PM

SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Singapura meninggal dunia pada Jumaat (7 Dis) selepas sebuah bas yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke Genting Highlands di Malaysia, menurut laporan media negara itu.

Serina Mat Idris, 27 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas beliau tercampak dari tempat duduk yang terletak di tingkat dua bas berkenaan, menurut laporan Utusan Online.

Bernama melaporkan bahawa bas itu melanggar bahagian belakang sebuah lori pada sekitar 11.50 pagi semasa dalam perjalanan di sebuah lebuhraya di Seremban di Negeri Sembilan.

(Gambar: Bernama)

Lima orang, termasuk pemandu bas dan seorang penumpang lori, cedera akibat kemalangan tersebut. Mereka sudahpun dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Mayat Cik Serina sudah dibawa ke hospital itu bagi menjalani bedah siasat.

Para penyelamat menemui pemandu bas, berusia 44 tahun, tersepit pada tempat duduknya. Mereka mengambil masa sekitar 10 minit untuk membebaskannya, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

Encik Norazam menambah, 15 penumpang bas yang lain dan pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan