Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita kerabat Diraja Johor maut, anak cedera dalam kemalangan dekat Danga City Mall

Seorang wanita kerabat Diraja Johor maut selepas kereta yang dipandu anaknya perempuannya  terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain di susur Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Danga City Mall hari ini (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita kerabat Diraja Johor maut, anak cedera dalam kemalangan dekat Danga City Mall

(Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Diterbitkan : 19 May 2017 07:58PM Dikemas Kini : 19 May 2017 08:11PM

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerabat Diraja Johor maut selepas kereta yang dipandu anaknya perempuannya terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain di susur Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Danga City Mall hari ini (19 Mei).

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa, Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58 tahun, yang merupakan dua pupu Sultan Johor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

"Kemalangan di jalan menghala Skudai/Pantai Lido itu berlaku kira-kira 9.45 pagi tadi.

"Difahamkan, pemandu kereta iaitu anak perempuan Tunku Amal Jakiah yang berumur 22 tahun, cuba mengelak sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan sebelum melanggar batu pembahagi jalan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata bedah siasat terhadap Tunku Amal Jakiah dilakukan di Hospital Sultanah Aminah dan anak perempuannya yang merupakan seorang ahli perniagaan, turut dirawat di hospital sama.

Beliau dilaporkan cedera ringan.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan terbabit mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan