Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita hampir tersedut keluar pesawat selepas enjin pesawat meletup di udara

Di Amerika Syarikat seorang penumpang maut manakala sekurang-kurangnya tujuh yang lain cedera selepas salah sebuah enjin pesawat yang mereka naiki meletup ketika di udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2018 06:40PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 11:42PM

PHILADELPHIA: Di Amerika Syarikat seorang penumpang maut manakala sekurang-kurangnya tujuh yang lain cedera selepas salah sebuah enjin pesawat yang mereka naiki meletup ketika di udara.

Pesawat Boeing 737-700 yang membawa 144 penumpang itu, dalam penerbangan dari New York ke Dallas.

Letupan satu daripada dua enjin pesawat tersebut berlaku ketika ia berada di ketinggian lebih 9,000 meter.

Sekeping besi daripada enjin yang meletup melayang ke bahagian badan pesawat, menyebabkan sebuah tingkapnya pecah dan hampir menyedut keluar seorang penumpang wanita.

Para penumpang lain berjaya menarik balik mangsa ke dalam pesawat tetapi wanita itu kemudian meninggal dunia.

Pesawat syarikat Southwest Airlines itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Philadelphia. Punca letupan enjin itu masih disiasat. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan