Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita 67 tahun yang hamil kembar ingkar nasihat doktor gugur kandungan

Wanita yang dikenali sebagai Cik Zhang itu berkata beliau ingin meneruskan kandungannya kerana kehilangan satu-satunya anak lelaki dalam satu kemalangan jalan raya empat tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 67 tahun yang hamil kembar ingkar nasihat doktor gugur kandungan

Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: AFP/Loic Venance)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 06:02PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 06:05PM

CHINA: Seorang wanita dari China yang hamil dengan anak kembar pada usia 67 tahun mengingkari nasihat doktor untuk menggugurkan kandungannya meskipun ia membahayakan kesihatannya. Ini menurut Beijing News.

Wanita yang dikenali sebagai Cik Zhang itu berkata beliau ingin meneruskan kandungannya kerana kehilangan satu-satunya anak lelaki dalam satu kemalangan jalan raya empat tahun lalu.

Cik Zhang, yang akan menjadi salah seorang wanita tertua untuk melahirkan anak diberi amaran bahawa tekanan darah tingginya dan usianya akan membahayakan kandungan tersebut yang diburukkan lagi disebabkan kembar.

Tahun lepas, beliau dan pasangannya memutuskan untuk menjalani rawatan kesuburan (IVF) dan sebuah hospital di Taiwan melaksanakan prosedur tersebut pada bulan Jun tahun ini.

Selepas Cik Zhang pulang dari Taiwan, beliau menjalani pemeriksaan pranatal di Baodao Healthcare, sebuah hospital bersalin di Beijing, tetapi hospital itu tidak dapat merawat kehamilan berisiko tinggi, justeru beliau dipindahkan ke Hospital Ketiga Universiti Peking.

Cik Li Shilan, doktor yang merawat Cik Zhang di hospital kedua itu, juga menganggapnya terlalu berbahaya untuk beliau melahirkan bayi.

Menurutnya, seorang lagi doktor kanan di hospital itu menasihati Cik Zhang untuk menggugurkan kandungannya tetapi beliau enggan.

Selepas Cik Zhang meninggalkan hospital tersebut, Suruhanjaya Perbandaran Kesihatan dan Perancangan Keluarga Beijing memaklumkan hospital-hospital lain di Beijing supaya tidak merawatnya tanpa menghubungi mereka untuk mendapatkan bimbingan.

Cik Zhang memberitahu media bahawa nasihat itu membuatnya "berasa seperti saya seorang penjenayah yang dikehendaki".

Seorang doktor yang tidak dikenali memberitahu media bahawa undang-undang China tidak menetapkan usia maksimum untuk mengandung, tetapi para pakar kesihatan merancang berbuat demikian.

Wanita tertua dari China yang diketahui melahirkan anak ialah Cik Sheng Hailin, yang melahirkan anak kembar ketika beliau berusia 62 tahun pada 2010. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan