Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin untuk Rogingya: UNICEF lancar kempen ke-2 terbesar dalam sejarahnya

Dana Kanak-kanak PBB, UNICEF melancarkan kempen memberi vaksin cegah taun kepada para pelarian Rohingya di Bangladesh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2017 09:23PM Dikemas Kini : 10 Oct 2017 09:49PM

BANGLADESH: Dana Kanak-kanak PBB, UNICEF melancarkan kempen memberi vaksin cegah taun kepada para pelarian Rohingya di Bangladesh.

Kempen itu merupakan yang kedua terbesar dalam sejarah UNICEF.

Pihak berkuasa sedang bertungkus lumus mencegah berlakunya wabak taun di kem-kem pelarian Bangladesh ini.

650,000 dos vaksin taun akan diberikan kepada para pelarian berusia satu tahun dan ke atas bagi pusingan pertama.

Bagi pusingan kedua pula, 250,000 kanak-kanak berumur antara satu hingga lima tahun akan diberikan vaksin dengan dos lebih tinggi untuk tahap perlindungan lebih baik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, sudah mula mengedarkan 900,000 dos vaksin itu.

WHO menyatakan sepanjang minggu lalu sahaja, lebih 10,000 kes penyakit cirit-birit dilaporkan di kem-kem pelarian ini.

Para doktor di dua klinik di sini pula berkata beberapa orang pesakit menunjukkan tanda-tanda menghidap taun.

Sekiranya tidak rawat, pesakit taun boleh meninggal dunia dalam masa 36 jam.

Sekitar 519,000 pelarian Rohingya kini tinggal di kawasan kem pelarian di Bangladesh seluas 889 padang bola sepak.

Bagaimanapun kawasan itu kekurangan bekalan air bersih dan tandas.

Para pegawai kesihatan menegaskan dua masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelakkan terjadinya wabak taun di kem-kem pelarian ini. 

Sumber : Agensi berita/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan