Utara Sumatera digegarkan gempa sederhana
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan bahagian utara Sumatera pada 12.29 tengah hari tadi (18 Okt).
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan bahagian utara Sumatera pada 12.29 tengah hari tadi (18 Okt).
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan pada jarak 70 kilometer timur laut dari Meulaboh, Indonesia.
Gempa itu bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman tsunami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.