Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

USGS: Gempa landa kawasan Jayapura, Indonesia

Satu gempa bumi sekuat 6.1 pada skala Richter melanda Papua, di timur Indonesia hari ini (16 Dis), kata para ahli seismologi Amerika Syarikat. Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
USGS: Gempa landa kawasan Jayapura, Indonesia

(Gambar: USGS)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 08:35PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 11:03PM

JAKARTA: Satu gempa bumi sekuat 6.1 pada skala Richter melanda Papua, di timur Indonesia hari ini (16 Dis), kata para ahli seismologi Amerika Syarikat. Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa berlaku sekitar 158 kilometer di selatan barat daya Jayapura, ibu kota wilayah tersebut, pada jam 6.42 petang (waktu tempatan), pada kedalaman 61 kilometer, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Gegaran dirasakan di Jayapura tetapi para penduduk tidak panik, kata seorang jurucakap tentera.

"Saya dapat merasakannya semasa di rumah," tambahnya.

Pihak berkuasa masih menilai kesan gempa tersebut, tetapi tiada yang dilaporkan cedera sejauh ini.

Indonesia sering mengalami bencana alam kerana ia berada dalam Lingkaran Api Pasifik, di mana berlaku pergerakan tektonik.

Pada September lalu, satu gempa bumi sekuat 7.5 pada skala Richer melanda pulau Sulawesi, disusuli dengan tsunami. Lebih 2,200 terkorban manakala sekitar 1,000 disahkan hilang.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan