Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ular sawa belit ‘mangsa’ dalam reban; APM segera bertindak

Kemunculan ular sawa batik dalam reban ayam disedari penduduk kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, lalu mereka terus memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Muda.

Anggaran Waktu Membaca:
Ular sawa belit ‘mangsa’ dalam reban; APM segera bertindak

Ular sawa yang ditangkap. (Gambar: Sinar Harian)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 09:07AM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 09:12AM

SUNGAI PETANI: Kemunculan ular sawa batik dalam reban ayam disedari penduduk kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, lalu mereka terus memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Muda.

Pegawai APM Kuala Muda Kapten Azahar Ahmad berkata pihaknya bergegas ke lokasi pada jam 12.05 tengah malam semalam (13 Jun) dan mendapati seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira tiga meter dan seberat kira-kira 4.5 kilogram membelit seekor ayam, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, ketangkasan anggota APM menangkap ular berkenaan dapat mengurangkan risiko ancaman kepada penduduk sekitar.

"Kita nasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh memudaratkan sekiranya tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang haiwan berbisa," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, APM Kuala Muda melancarkan Ops Bantu XVII 2018 bertujuan membuat rondaan dan membantu pengguna jalan raya yang mengalami kesulitan atau kecemasan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Mereka ini bertindak sebagai pasukan bantuan apabila berlaku kecemasan, ketika menerima panggilan kecemasan dan semasa melakukan rondaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Antara skop tugas Ops Bantu XVII termasuk memberi respons kepada kes kemalangan maut, kemalangan ringan, rawatan awal, membantu mengawal kesesakan lalu lintas dan menukar tayar kenderaan kecil.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan