Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ulang tahun pertama pentadbiran Trump dicemari bantahan 800,000 penunjuk perasaan

Tunjuk-tunjuk perasaan di lebih 250 bandar di serata Amerika Syarikat mencemari ulang tahun pertama pentadbiran Trump pada Sabtu (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 07:44PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 09:50PM

AMERIKA SYARIKAT: Tunjuk-tunjuk perasaan di lebih 250 bandar di serata Amerika Syarikat mencemari ulang tahun pertama pentadbiran Trump pada Sabtu (20 Jan).

Datuk Bandar Los Angeles menganggarkan, 600,000 orang menunjuk perasaan di bandar berkenaan, manakala di New York pula, polis menganggarkan 200,000 penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan raya.

Antara mereka termasuk golongan selebriti terkenal di merata Amerika yang ikut menyertai Perarakan Wanita yang diadakan buat kali kedua.

Para peserta, antara lain, membidas dasar imigresen dan jagaan kesihatan pentadbiran Trump.

Selain itu, perarakan tersebut juga bertujuan menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam pilihan raya separuh penggal tahun ini.

Acara Perarakan Wanita yang pertama diadakan tahun lalu semasa upacara angkat sumpah jawatan Presiden Trump.

Sekitar 3 juta wanita menyertai acara sulung itu, menjadikannya salah satu tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sumber : AFP/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan