Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ujian baru 'nilai-nilai Australia' dirancang bagi mendapatkan kerakyatan

Australia merancang untuk menambah syarat bagi mereka yang ingin menjadi warga negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian baru 'nilai-nilai Australia' dirancang bagi mendapatkan kerakyatan

Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull. (Gambar: AAP/Lukas Coch/via REUTERS)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 07:33PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 07:38PM

SYDNEY: Australia merancang untuk menambah syarat bagi mereka yang ingin menjadi warga negara tersebut.

Ini termasuk memanjangkan tempoh menunggu, menjalankan ujian baru bagi "nilai-nilai Australia" dan meningkatkan piawai bagi bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada ubah suai bagi program imigresennya.

Langkah tersebut diumumkan seminggu selepas Perdana Menteri Malcolm Turnbull membatalkan visa kerja sementara, yang terkenal di kalangan warga asing dan menggantikannya dengan program yang lebih tegas bagi memberi keutamaan kepada warga Australia.

Australia menyaksikan dasar-dasar nasionalis dan anti imigresen dengan parti-parti sayap kanan seperti One Nation mendapat sokongan teguh daripada orang ramai, manakala sokongan bagi pemerintah Turnbull yang mengambil pihak sederhana bersayap kanan, kian lemah.

Syarat kerakyatan baru itu dijangka diluluskan parlimen dengan sokongan oleh senator yang berpihak kepada sayap kanan.

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan