Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Twitter dedah sebilangan maklumat pengguna digodam pada Nov

Syarikat Twitter mendedahkan bahawa ada maklumat peribadi para penggunanya mungkin dicerobohi pada bulan lalu. Ia bagaimanapun, tidak mendedahkan jumlah akaun yang terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2018 12:13AM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:16AM

AMERIKA SYARIKAT: Syarikat Twitter mendedahkan bahawa ada maklumat peribadi para penggunanya mungkin dicerobohi pada bulan lalu. Ia bagaimanapun, tidak mendedahkan jumlah akaun yang terjejas.

Namun syarikat itu membayangkan para penggodamnya mungkin bertindak dari China dan Arab Saudi.

Twitter menyatakan ia mula berusaha menghuraikan isu itu pada 15 November lalu dan dapat mengatasinya pada keesokan hari.

Isu itu berlaku pada salah satu forum sokongan Twitter di mana para pengguna boleh menghubungi syarikat tersebut untuk mengajukan pertanyaan atau aduan.

Semasa menjalankan siasatan, wadah media sosial itu mendapati terlalu banyak pertanyaan datang dari alamat-alamat IP yang berasal dari China dan Arab Saudi.

Twitter menambah ada kemungkinan mereka itu mempunyai hubungan dengan para penggodam yang ditaja sesebuah negara.

Menurut Twitter lagi, isu itu bagaimanapun tidak mendedahkan sepenuhnya nombor telefon para pengguna tetapi nombor kod negara mungkin dicerobohi dan juga data sama ada sesuatu akaun itu dikunci oleh Twitter.

Twitter sudahpun menghubungi kesemua pengguna yang dikenal pasti terjejas oleh pencerobohan itu.

Berikutan pendedahan itu, nilai saham Twitter merosot hampir tujuh peratus pada Isnin (18 Dis).

Sumber : Agensi berita/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan