Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tukang kunci dipanggil buka peti besi rumah Najib

Seorang lelaki dipercayai tukang kunci, dilihat keluar dari kediaman rasmi mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Tukang kunci dipanggil buka peti besi rumah Najib

(Gambar: Berita Harian Online Malaysia/ Facebook)

Diterbitkan : 18 May 2018 07:50AM Dikemas Kini : 18 May 2018 07:54AM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai tukang kunci, dilihat keluar dari kediaman rasmi mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi (17 Mei).

Namun, menurut Astro Awani, lelaki yang kelihatan dengan sebuah kotak peralatan tersebut enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui pemberita.

Sebelum itu, pada sekitar jam 6.00 petang semalam (17 Mei), peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata pihak polis masih dalam proses membuka peti besi tersebut yang berusia lebih 20 tahun.

Bagaimanapun, agensi berita Reuters melaporkan, dua tukang kunci dari syarikat Lion Steelworks Sdn Bhd dipanggil bagi membantu dalam proses pembukaan peti besi yang dikatakan kuncinya hilang.

Mereka sudahpun menghubungi pengurus syarikat tersebut, Tan See Chong melalui pesanan ringkas dan Tan mengesahkan dua lelaki berkenaan bekerja di syarikat itu.

"Boleh buka, tidak susah. Kami syarikat pengeluar peti besi itu.

"Ia jenis peti keselamatan yang lama. Jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama (untuk membuka) kerana mempunyai ciri antigerudi," kata Encik Tan seperti ditukil Astro Awani.

Sebelum itu, pada sekitar jam 4.00 petang semalam (17 Mei), puluhan kotak dipercayai mengandungi barangan peribadi Datuk Seri Najib dibawa keluar oleh pihak polis menggunakan sebuah lori Polis Diraja Malaysia.

Sumber : Reuters/ Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan