Images
  • trump kim sidang singapura
    Gambar: SAUL LOEB/AFP

Trump terima undangan lawat Pyongyang susuli sidang di S'pura

PYONGYANG: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima undangan untuk melawat Pyongyang.

Ini disahkan media negara Korea Utara menyusuli sidang puncak antara Presiden Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura semalam (12 Jun).

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin berikrar untuk berusaha ke arah pelucutan sepenuhnya senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Memberikan komennya yang pertama selepas sidang puncak itu Encik Kim menegaskan pentingnya menghentikan "tindakan ketenteraan dan sikap permusuhan terhadap satu sama lain."

Semalam, Presiden Trump juga mengumumkan Amerika Syarikat akan menghentikan latihan tentera dengan Korea Selatan.

Ia dianggap langkah tolak ansur besar terhadap Pyongyang yang mengecam latihan tentera itu sebagai provokatif. 

- AFP/MM/sm

Komen Anda?

Top