Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump tawar jadi orang tengah bagi pertikaian Laut China Selatan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (12 Nov) berkata bahawa beliau bersedia menjadi pengantara bagi negara-negara yang menuntut hak ke atas Laut China Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2017 12:58PM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 10:42PM

HANOI: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (12 Nov) berkata bahawa beliau bersedia menjadi pengantara bagi negara-negara yang menuntut hak ke atas Laut China Selatan.

Negara-negara ini termasuk Vietnam dan China.

"Jika saya dapat membantu menjadi pengantara atau penimbang tara, sila beritahu saya," kata Presiden Trump dalam komennya pada permulaan sidang di Hanoi dengan presiden Vietnam, Tran Dai Quang.

Trump akur bahawa kedudukan China berhubung Laut China Selatan, di mana hampir kesemuanya dituntut oleh Beijing, mencetuskan masalah.

"Saya seorang pengantara dan penimbang tara yang sangat baik," dedahnya.

Beliau juga mengatakan China sedang membantu menghuraikan ketegangan berhubung Korea Utara dan turut mendedahkan beliau berharap Rusia akan bertindak serupa. 

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan