Images
  • trump (1)
    (Gambar fail: Saul Loeb/AFP)

Trump, pemimpin tertua jadi presiden AS, sambut hari lahir ke-72

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyambut ulang tahun ke-72 hari ini (14 Jun).

Beliau baru pulang daripada rundingan di Singapura dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Pada 2016, Encik Trump mencatat sejarah sebagai pemimpin tertua menjadi Presiden Amerika pada usia 70 tahun meskipun Ronald Reagan dipilih semula ke jawatan itu pada usia 73 tahun.

Kesihatan Presiden Trump sama ada fizikal atau mental sering menarik perhatian di Amerika.

Beliau menjalani pemeriksaan fizikal pada Januari lalu dan doktor Rumah Putih, Ronny Jackson menyifatkan kesihatan Presiden Trump sebagai 'terbaik'.

Ketika beliau masih calon presiden, doktor peribadinya ketika itu, Harold Bornstein menyiarkan surat mengenai kesihatan Encik Trump pada Disember 2015 dengan memperbesar-besarkan kesihatan pemimpin itu.

Ia menunjukkan tekanan darah beliau dan keputusan makmal sebagai "terlalu bagus", kekuatan fizikal dan staminanya sebagai "luar biasa" selain Encik Trump dikatakan "sebagai individu paling sihat untuk dipilih sebagai presiden."

Bulan lalu Bornstein memberitahu CNN bahawa Trump sendiri telah menentukan surat itu.

Bornstein juga berkata bulan lalu seorang pengawal Encik Trump melawat pejabat beliau di Park Avenue tahun lalu dan merampas rekod perubatan Presiden.

- Agensi berita/SU/tq

Komen Anda?

Top